@cikfatien_: 10 Muharram 1448H | 26 Jun 2026 (Jumaat). Masya-Allah, cantik sungguh tarikh Hari Asyura tahun ini — 26/6/2026 dan jatuh pula pada hari Jumaat yang penuh barakah. Hari Asyura (10 Muharram) merupakan antara hari yang sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amalan sunat, khususnya berpuasa. Pilihan Gabungan Puasa Muharram 2026 ✅ Pilihan Terbaik (3 Hari) Khamis, Jumaat & Sabtu (25, 26 & 27 Jun 2026) Bersamaan 9, 10 dan 11 Muharram 1448H. ✅ Pilihan 2 Hari (Sebelum Asyura) Khamis & Jumaat (25 & 26 Jun 2026) Bersamaan Puasa Tasu’a (9 Muharram) dan Asyura (10 Muharram). ✅ Pilihan 2 Hari (Selepas Asyura) Jumaat & Sabtu (26 & 27 Jun 2026) Bersamaan Puasa Asyura (10 Muharram) dan 11 Muharram. Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan untuk beramal dan meraih kelebihan bulan Muharram serta keberkatan Hari Asyura. Aaminn 🫶🏻🤲🏻 #muharam2026 #hariasyura #ustazwadiannuar #fyp #tazkirah