@thula0996: Viên Thả Bồn Cầu RABITO Sạch Thơm Đỡ Dọn Dẹp Chà Rữa Nhiều Lần 🌸 #thulareview #vienthaboncau #vienthaboncaudietkhuankhumui #vienthaboncaurabito

Thư Lá Review
Thư Lá Review
Open In TikTok:
Region: VN
Tuesday 16 June 2026 23:34:21 GMT
412
3
1
1

Music

Download

Comments

phiyen745
Yến Vy Review🍀 :
Tiện lắm á
2026-06-18 06:50:21
0
To see more videos from user @thula0996, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Zainab binti Muhammad ﷺ , puteri sulung Rasulullah dan Khadijah RA yg lahir sepuluh tahun sebelum ayahandanya menerima wahyu kenabian. Sejak muda, akhlaknya lembut dan peribadinya mulia, mewarisi kasih sayang dan kebijaksanaan kedua ibu bapanya. Keindahan peribadi Zainab menarik hati sepupunya sendiri, Abu Al-Ash bin Rabi’, seorang pemuda Quraisy yang terkenal dengan kejujuran, kemuliaan dan kekayaan. Mereka adalah sepupu dari jalur ibu, nasabnya bertemu dengan Zainab pada atuk mereka berdua yakni Khuwailid. Karena ibu Abu al Ash adalah Halah binti Khuwailid adik beradik kepada Khadijah. Abu Al-Ash sering berkunjung ke rumah Khadijah, ibu saudaranya. Di situlah dia mengenali Zainab dan jatuh cinta dengan kelembutan serta akhlaknya yang luhur. Keluarga kedua-dua belah menyambut baik lamaran itu, dan mereka pun disatukan dalam ikatan pernikahan yang diberkati. Rumah tangga mereka bahagia. Zainab, meskipun masih muda, bijak mengurus rumah dan membina ketenangan buat suaminya. Allah menganugerahkan mereka dua cahaya mata iaitu Ali dan Umamah yg telah melengkapkan kebahagiaan dalam rumah kecil itu. Namun, badai pun tiba. Ketika Abu Al-Ash bermusafir, berita besar menggoncang Makkah , Muhammad ﷺ telah diangkat sebagai Nabi terakhir. Zainab, tanpa ragu, menyahut seruan ayahandanya dan memeluk Islam. Agama itu menjadi panduan hidupnya, membawa sinar baru dalam jiwa. Saat Abu Al-Ash pulang, Zainab menyambutnya dengan harapan dan cerita tentang agama yang suci ini. Namun hatinya hancur apabila suaminya enggan menerima Islam. Kata Abu Al-Ash, “Demi Allah, aku tidak mendustakan ayahmu. Tapi aku tidak mahu dikatakan mengkhianati bangsaku, meninggalkan agama nenek moyangku hanya kerana isteriku.” Ucapan itu menikam hati Zainab. Antara cinta dan iman, hatinya diuji. Rumah yang dulu bahagia kini dipenuhi kesedihan. Zainab terus tinggal di Makkah bersama suami yang belum beriman, terpisah dari ayah dan adik-beradiknya yang telah berhijrah ke Madinah. Ibunya, Khadijah RA, telah pun kembali ke sisi Allah. Luka itu semakin dalam apabila meletusnya Perang Badar. Abu Al-Ash memilih untuk bersama pasukan musyrikin, memerangi ayahandanya sendiri dan akhirnya ditawan oleh tentera Islam.

About