@alif.azizi69: KE MANA HALA TUJU MELAYU BERPECAH HASIL PENTAKSUB POLITIK Politik Melayu dilihat semakin kritikal menjelang PRU16 nanti. Sebabnya, banyak parti politik baru mula tumbuh ibarat cendawan kerana pentaksub-pentaksub politik yang pentingkan kuasa. Hasilnya nanti, undi Melayu akan berpecah kerana masing-masing mengejar agenda tersendiri sampai hala tuju Melayu semakin hilang arah. Inilah punca kenapa kestabilan politik semakin susah dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan. Parti-parti serpihan seperti Bersama dari Rafizi dan Wawasan dari Hamzah hanya untuk kacau undi sebagai tanda protes kepada parti lama mereka. Kalau ikutkan, mereka boleh sahaja masuk parti sedia ada tetapi keinginan untuk memegang kuasa dalam parti, membuatkan Rafizi dan Hamzah lebih suka untuk wujudkan parti baru. Jadi apa yang boleh diharapkan lagi dengan parti politik Melayu sekarang? PAS masih dengan agenda mereka dan lebih suka menangguk air yang keruh dengan menunggang isu demi populariti. Kerjasama demi kerjasama dengan pelbagai parti yang akhirnya membawa kepada pengakhiran yang sama iaitu pengkhianatan. Inilah realiti dalam gelanggang politik negara. Ketika undi bangsa lain terus ke parti yang sama, undi Melayu pula ibarat kaca yang terhempas, pecah berbunga-bunga. #PolitikMelayu #PecahUndi #PRN16