@mediaselangor: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengarahkan seorang penjaja warga asing menghentikan operasi perniagaannya serta-merta selepas didapati menjual buah-buahan potong tanpa lesen yang sah di Pantai Kelanang pada 14 Jun lalu. MPKL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan tindakan itu diambil menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Penguatkuasa MPKL di kawasan pantai berkenaan. #mediaselangor #kliksemasa #majlisperbandarankualalangat #wargasing