@rashahasmiee: Bermula 1 Julai 2026, semua bank akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin ATM dan Smart Recycler Machine (SRM). Langkah ini memberikan kelegaan besar kepada pengguna yang sering menggunakan rangkaian MEPS tanpa mengira jenis bank. Pemansuhan ini bukan sahaja mengurangkan beban kos harian rakyat, malah memudahkan urusan kewangan dengan lebih fleksibel. Pengguna kini bebas mengeluarkan wang di mana-mana mesin berhampiran tanpa perlu bimbang tentang caj tambahan. #ATM #Bank #MADANIBekerja