@malayan.secret.so: TAWAU: Dua penjawat awam masing-masing dipenjara setahun dan didenda RM10,000 atau enam bulan penjara kerana menerima suapan RM2,000. Yuliana Saat, 48, dan Azmi Amir Lunji, 50, kedua-duanya Pembantu Pendaftaran Gred KP22 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Semporna, dijatuhi hukuman oleh Hakim Jason Juga selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan pindaan itu. Mengikut pertuduhan, Yuliana didakwa menerima rasuah RM2,000 daripada Sufiah Said sebagai dorongan untuk menerima dan memproses permohonan kad pengenalan 12 tahun bagi Nuraznil Ayub dan Nuraznah Ayub, yang merupakan anak kembar Sufiah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang Restoran Seri Cahaya, Taman Sempaul, Semporna pada 5.30 petang 26 April 2017.. Sementara itu, Azmi didakwa menerima rasuah RM2,000 daripada Yuliana sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan pendaftaran dan pengenalan pasangan kembar itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan letak kereta Pasar Raya Century, Jalan Seri Melor Tinagayan, Semporna pada jam 8 malam, 26 April 2017… Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, jika sabit kesalahan.. #jabatanpendaftarannegaraa #jpnsemporna #rohingya #PendatangTanpaIzin #sabah
Malayan Secret Society
Region: MY
Thursday 18 June 2026 05:53:50 GMT
Music
Download
Comments
NADI LADANG :
pegawai atasan tak tahu ke,
2026-06-18 07:11:00
35
Syed ras :
berat punya kes ni
2026-06-18 13:01:57
28
ruaiterabai :
ci la ka.
2026-06-18 14:28:40
6
Tetapkental86 :
SBG PRAI PULAU PINANG PUN BLUM TENTU SPRM KNA SIASAT DARI TAHUN 1999-2024.
2026-06-18 15:17:32
6
🆈🆄🆂🆁🆈 :
tahniah akak & abg tu
2026-06-18 15:10:50
6
kollapurimowmanta :
bukan tukar ke lain section ka
2026-06-18 07:00:22
9
sg.aghaa :
byk berlaku kt sabah...
2026-06-18 14:23:17
12
aliastaha475 :
ini rupanya....
2026-06-18 13:17:14
7
RD® :
okey teruskn pemulaan YG baik jgn di biarkn.
2026-06-18 06:36:04
12
dsugudevarajan :
bukan kes kecil ni
2026-06-18 13:19:05
8
@lielela.. :
ada lagi tu...
2026-06-18 06:20:57
8
Toba315 :
sakit nya hati
2026-06-18 14:17:13
3
naza_ra'ani :
sakit.hati oiii
2026-06-18 14:11:14
1
APS3071 :
10 tahun
2026-06-18 14:16:12
1
Rossi💫🇲🇾 :
selamat beristirehat ya..👍
2026-06-18 13:13:21
2
lailaely :
ahhh sudahh 😁
2026-06-18 06:53:52
2
MH730 :
Innalillahi wainna ilaihirrojiunn...dulu dia kerja di JPN
2026-06-18 07:16:27
5
SamMsa :
setahun.....omg...
2026-06-18 13:01:24
0
user551255125512 :
Type yg biasa
2026-06-18 13:13:53
5
matya cbx 7five0 :
8481
2026-06-18 16:11:21
0
rajandran92 :
Boleh kaya kah..
2026-06-18 14:50:50
0
RAZAK.. :
2026-06-18 16:28:41
0
💰MC💰 :
2026-06-18 16:53:51
0
J.Jaka :
omg
2026-06-18 13:02:40
0
To see more videos from user @malayan.secret.so, please go to the Tikwm
homepage.