@puspawangiiiiii: PM Anwar Ibrahim menegaskan status sebagai pelarian atau warga asing bukan "lesen" untuk sewenang-wenangnya membelakangkan undang-undang Malaysia. Setiap individu yang menumpang teduh di negara ini, khususnya komuniti Rohingya, wajib menghormati dan mematuhi setiap peraturan serta norma masyarakat setempat demi menjaga ketenteraman awam. Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berperikemanusiaan, namun keselamatan negara dan kedaulatan undang-undang tidak akan sesekali dikompromi. Ketegasan ini penting bagi memastikan keharmonian antara penduduk tempatan dan komuniti warga asing terus terpelihara, sekali gus mengelakkan sebarang konflik sosial yang boleh menjejaskan kestabilan negara. #AnwarIbrahim #Rohingya #MADANIBekerja