@forjujgk1tb: Sedih yang membawa hati kembali kepada Allah, lebih baik daripada senang yang membuat jiwa semakin jauh daripada-Nya. Kerana tidak semua kesenangan itu rahmat, dan tidak semua kesedihan itu hukuman. Ada duka yang datang untuk memujuk hati, agar kita kembali sujud, kembali berdoa, dan kembali sedar bahawa tanpa Allah hidup ini tetap kosong walau dunia dalam genggaman.