@hogilwi19: #pashtosong #pashtogirl #girldance #viralvideo #tiktokgrowthchallenge

Monee Gul
Monee Gul
Open In TikTok:
Region: PK
Thursday 18 June 2026 14:53:27 GMT
1068
152
4
3

Music

Download

Comments

zahir.ail8
Zahir Ail :
2026-06-18 16:32:23
0
sajaadshah45
shah705 :
🌹🌹🌹
2026-06-18 16:43:23
0
sajaadshah45
shah705 :
👍👍👍
2026-06-18 16:43:18
0
ibrahim.king507
Ibrahim King :
😂😂😂
2026-06-19 02:15:26
0
To see more videos from user @hogilwi19, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

PAS Kononnya Parti Islam, Tapi Tikam Kawan, Berebut Kuasa Kalahkan Parti Sekular 1. Saya ada baca senarai 8 kategori kesalahan PAS terhadap BERSATU dalam PN. Banyak sungguh kesalahannya. Dari campur tangan, tikam belakang, rundingan gelap, sampailah berebut kerusi. 2. Saya tidak pelik. Bagi saya, ini perkara biasa. 3. BERSATU dulu tubuh kerajaan melalui pintu belakang. Dikhianati janji dan kawan-kawan. Sekarang, bila PAS pula buat benda yang sama pada mereka, BERSATU melatah. Kononnya PAS langgar semangat setia kawan. Dulu awak buat pada orang tak apa, sekarang orang buat pada awak, baru tahu sakitnya.  4. PAS pula sebuah parti yang guna nama Islam. Tapi bila baca senarai ini, perangai politik mereka mengalahkan parti sekular. Berebut kuasa, adu domba, mesyuarat sulit di Bangkok. Rupanya bila bab kuasa dan jawatan, semuanya jadi halal. 5. Tentang PAS campur tangan nak tentukan siapa patut pimpin BERSATU. Dulu Muhyiddin dijulang macam wira Islam penyelamat ummah. Sekarang bila BERSATU sudah lemah dan tidak ada kuasa kerajaan, Muhyiddin nak ditolak ke tepi. Sokongan PAS ini bermusim. Siapa yang boleh bawa untung politik, dialah disokong.  6. Berebut kerusi pula. Gombak, Jeli, Indera Mahkota. Semua nak disapu. PAS tahu BERSATU ini parti kecil yang tidak ada akar umbi. Menumpang jentera PAS sahaja. BERSATU cuma melukut di tepi gantang. Bila-bila masa PAS boleh tunjuk pintu keluar.  7. PAS bina naratif mereka lebih layak pimpin PN. Memang dari dulu mereka rasa mereka sahaja yang betul dan layak ke syurga. BERSATU selama ini cuma diperkuda supaya pemimpin PAS dapat merasa empuknya kerusi Menteri. 8.  Rakyat tengok sahaja sandiwara ini. Kononnya bergabung demi perpaduan ummah. Demi agama dan bangsa. Tapi hakikatnya, lapan kesalahan ini tunjuk mereka cuma bergabung demi kuasa, pangkat, dan kerusi.  9. Dulu marah UMNO, mereka peluk BERSATU. Esok lusa bila putus dengan BERSATU, mereka akan cari dahan lain pula untuk bergayut.  #pas #bersatu #perikatannasional

Beberapa hari ini, tular video Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan baju batiknya yang koyak di bahagian siku.  Saya baca komen-komen di media sosial. Ada yang ketawa, ada yang menyindir, dan ada juga yang kata ini sekadar wayang nak tunjuk zuhud. Mari kita berfikir sejenak secara rasional. Beliau adalah seorang Perdana Menteri. Jika beliau mahu, bila-bila masa sahaja beliau boleh memakai sut tempahan khas berharga puluhan ribu ringgit dari butik mewah. Beliau boleh memakai jam tangan jenama terkemuka yang silau matanya nampak dari jauh.  Tetapi, kenapa beliau memilih untuk terus menyarung baju batik lama yang sudah lusuh dan carik? Silakan jika ada yang mahu tersenyum sinis. Memang lumrah manusia suka mencari ruang untuk mengkritik. Namun, cuba kita letakkan diri kita di tempat beliau.  Jadual kerjanya padat dari subuh hingga ke larut malam, mewakili negara, bertemu pelabur, dan memikirkan soal ekonomi rakyat. Terkadang, hal-hal peribadi seperti menukar baju baharu, membeli kasut mahal, atau menjaga penampilan diri menjadi perkara yang paling bawah dalam senarai keutamaannya.  Bukankah kita sudah melihat sendiri bagaimana beliau menolak gaji Perdana Menteri dan menolak kereta rasmi baharu sebelum ini? Gambar ini sebenarnya bukan tentang sehelai baju yang rosak. Ia adalah cerminan tentang fokus. Fokus seorang bapa yang terlalu sibuk membaiki negara kita yang sedang rosak, sampaikan baju di badannya sendiri pun tak terperasan sudah koyak. Baju yang koyak boleh dijahit semula atau diganti baharu dengan harga beberapa puluh ringgit. Tetapi jika negara yang
Beberapa hari ini, tular video Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan baju batiknya yang koyak di bahagian siku. Saya baca komen-komen di media sosial. Ada yang ketawa, ada yang menyindir, dan ada juga yang kata ini sekadar wayang nak tunjuk zuhud. Mari kita berfikir sejenak secara rasional. Beliau adalah seorang Perdana Menteri. Jika beliau mahu, bila-bila masa sahaja beliau boleh memakai sut tempahan khas berharga puluhan ribu ringgit dari butik mewah. Beliau boleh memakai jam tangan jenama terkemuka yang silau matanya nampak dari jauh. Tetapi, kenapa beliau memilih untuk terus menyarung baju batik lama yang sudah lusuh dan carik? Silakan jika ada yang mahu tersenyum sinis. Memang lumrah manusia suka mencari ruang untuk mengkritik. Namun, cuba kita letakkan diri kita di tempat beliau. Jadual kerjanya padat dari subuh hingga ke larut malam, mewakili negara, bertemu pelabur, dan memikirkan soal ekonomi rakyat. Terkadang, hal-hal peribadi seperti menukar baju baharu, membeli kasut mahal, atau menjaga penampilan diri menjadi perkara yang paling bawah dalam senarai keutamaannya. Bukankah kita sudah melihat sendiri bagaimana beliau menolak gaji Perdana Menteri dan menolak kereta rasmi baharu sebelum ini? Gambar ini sebenarnya bukan tentang sehelai baju yang rosak. Ia adalah cerminan tentang fokus. Fokus seorang bapa yang terlalu sibuk membaiki negara kita yang sedang rosak, sampaikan baju di badannya sendiri pun tak terperasan sudah koyak. Baju yang koyak boleh dijahit semula atau diganti baharu dengan harga beberapa puluh ringgit. Tetapi jika negara yang "koyak" akibat rasuah dan salah guna kuasa selama berdekad-dekad, harganya terpaksa dibayar oleh anak cucu kita. Biar baju di lengan yang carik, asalkan integriti dan amanah tidak pernah rabak. Lebih baik dipimpin oleh lelaki berbaju koyak yang siang malam memikirkan perut rakyat, daripada melihat pemimpin bergaya mewah tetapi poket rakyat yang sentiasa dikoyakkan. #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #PakatanHarapan #KeadilanUntukSemua

About