@mizzctiey: KUALA LUMPUR 18 Jun - Penggunaan pelindung matahari atau sunshade pada tingkap kenderaan ketika sedang dipandu boleh mengundang tindakan saman sehingga RM300 kerana melanggar peraturan yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ menjelaskan semua jenis langsir, bidai atau pelindung matahari termasuk jenis magnetik, gulung dan jaring tidak dibenarkan digunakan ketika kenderaan sedang bergerak, sama ada dipasang secara kekal atau boleh ditanggalkan. Menurut jabatan itu, walaupun pelindung matahari sering digunakan bagi mengurangkan haba dalam kabin serta memberi keselesaan kepada kanak-kanak dan penumpang di bahagian belakang, penggunaannya ketika memandu tetap tidak dibenarkan. JPJ berkata, tanggapan sesetengah pengguna bahawa pelindung matahari boleh digunakan kerana ia boleh ditanggalkan pada bila-bila masa adalah tidak tepat kerana penggunaannya semasa kenderaan bergerak masih dianggap satu kesalahan. Katanya, pemasangan langsir, bidai atau pelindung matahari pada tingkap boleh menjejaskan tahap penglihatan pemandu terutama di kawasan titik buta (blind spot), selain mengganggu pandangan melalui cermin sisi. Keadaan itu bukan sahaja meningkatkan risiko kemalangan di jalan raya, malah boleh menyukarkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan serta melihat keadaan di dalam kenderaan ketika sekatan jalan raya dilakukan. Sekiranya dikenakan saman, kadar kompaun yang ditetapkan ialah RM150 jika dijelaskan dalam tempoh 15 hari pertama, RM200 bagi bayaran antara 16 hingga 30 hari dan RM300 jika dibayar dalam tempoh 31 hingga 60 hari. Bagaimanapun, larangan tersebut hanya terpakai ketika kenderaan sedang dipandu. Pelindung matahari masih boleh digunakan ketika kenderaan diparkir bagi mengurangkan haba dalam kabin, namun ia perlu ditanggalkan sebelum perjalanan dimulakan. Sebagai alternatif, JPJ mengesyorkan penggunaan filem penapis haba atau cermin gelap yang mematuhi spesifikasi ditetapkan. Mengikut peraturan semasa, cermin hadapan kenderaan perlu mempunyai kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmission atau VLT) sekurang-kurangnya 70 peratus, manakala cermin sisi hadapan pula sekurang-kurangnya 50 peratus. Bagi cermin penumpang belakang dan cermin belakang, tiada had minimum VLT ditetapkan. Namun begitu, walaupun penggunaan filem penapis cahaya yang lebih gelap dibenarkan pada bahagian tersebut, penggunaan pelindung matahari jenis jaring atau mesh pada tingkap berkenaan tetap tidak dibenarkan ketika kenderaan sedang bergerak.

Silent girl
Silent girl
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 19 June 2026 00:33:26 GMT
19639
107
33
65

Music

Download

Comments

piros7613
piros@76 :
JPJ cakap tak boleh tapi menteri JPJ cakap boleh
2026-06-19 07:03:06
7
azlindabintiazmilinda
Azlinda @ Nawi 74 :
saya dengar kementerian cakap bukan JPJ
2026-06-20 11:09:26
0
joejoe19191919
♥️🤍🖤BOSS@2408❤️🤍🖤 :
2×5...5×2
2026-06-19 13:03:06
0
cmj19940
Cmj :
Kenapa rm300 teramat rendah
2026-06-19 01:39:39
1
user5021493209661
user5021493209661 :
pak yob mana
2026-06-19 13:01:21
0
dve0650
D@ve06 :
macam mana kereta menteri dan Dato' ada tak undang undang sama atau untuk rakyat saja
2026-06-19 02:09:38
1
pozi461
Pozi46 :
lori tu bawa makanan kt kita
2026-06-19 15:53:16
0
iamajby
it'smeAJ :
https://vt.tiktok.com/ZSQ7QuYM9/ ni ☝️sunshade boleh.... bingung RAKYAT suda guys
2026-06-19 08:22:42
1
ahmadtarmizi247
ahmad tarmizi247 :
lpas ni aku rasa pkai spek mata plak kne saman
2026-06-19 11:02:48
0
taki36_
Taki :
Depa semua bolih.
2026-06-19 06:42:44
0
enaltravel4
enaltravel4 :
dah x da duit dh
2026-06-19 08:24:36
0
hairy7483
hairy_ynwa74 :
keta vvip tinted kelam gelap ..takpa ..
2026-06-19 02:16:01
0
moorthy.raman3
Moorthy Raman :
This Law must go too VIP VVIP YB DAN MENTERI
2026-06-19 01:18:46
4
twiggyramirezz
𝑅𝐴𝑀𝐼𝑅𝐸𝑍 :
2026-06-19 07:14:46
1
wak.alan2
🇲🇾Wak Alan🇯🇴 :
terbaik kerajaan madani...ini yg rakyat suka..
2026-06-19 01:27:07
2
_azaliyusoff
Yus outdoor camper :
2026-06-19 08:56:22
1
sani.zainal
Sanizainal :
semua salah kan rakyat'. . takpernah dgr kereta menteri kena saman
2026-06-19 06:23:18
1
mohd.nasir.mohd.n97
Mohd NASIR Mohd NASIR :
cara cari wang cari salah rakyat... yg jual x g saman pulak.. pandai kan
2026-06-19 00:49:43
1
wannurfamily1437
Wannurfamily1437 :
tu na yg lampu lampu putih silau gila..knp tdk saman...banyak betul keta guna skrg tu lampu putih
2026-06-19 00:53:21
1
mohd.ridzuan.mokh
Mohd Ridzuan Mokhtar :
2026-06-19 17:21:35
0
adam_aiman20
Adam_Aiman :
2026-06-19 19:14:03
0
malaysiaku04
Malaysiaku :
2026-06-20 08:15:07
0
ironkashmal
Mohammad Kashmal :
tinted saman. sunshade Saman. tiada idea or tiada duit
2026-06-20 04:03:51
0
flanker969
🔹𝓢𝓱𝓪𝓲𝓯𝓾𝓵 𝓐𝓶𝓻𝓲𝓮🔹 :
Ni boleh
2026-06-20 09:25:56
0
To see more videos from user @mizzctiey, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About