The Captain :
Ya Allah, aku serahkan kepada-Mu segala urusan diriku, hatiku, kerinduanku, keresahanku, air mataku, kesedihanku, kehidupanku dan seluruh hidupku.
Ya Allah, lapangkanlah hatiku. Tenangkanlah jiwaku. Hentikanlah segala resah yang tidak mampu aku ungkapkan kepada sesiapa pun.
Jika apa yang aku rindukan itu baik untukku, dekatkanlah ia dengan cara yang Engkau redai. Namun jika ia bukan untukku, lepaskanlah ia dari hatiku dengan cara yang paling lembut.
Gantikanlah setiap air mata dengan ketenangan, setiap kesedihan dengan kebahagiaan, setiap kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik, dan setiap keresahan dengan keyakinan bahawa aturan-Mu sentiasa lebih indah daripada kehendakku.
Ya Allah, aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Tetapi aku percaya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Maka aku memilih untuk berserah.
Cukup Engkau untukku, Ya Allah. Jagalah hatiku, kuatkanlah aku dan bawa aku keluar daripada segala yang menyakitiku menuju kehidupan yang lebih tenang, lebih baik dan lebih dekat dengan-Mu.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻🤍
2026-08-13 04:32:34