@ishraqamani: 1📚 NOTA BERTEMA SPM 2026: BELAJAR BIAR BERFOKUS! Ramai calon Bahasa Melayu SPM masih mengulang kaji secara rawak. Baca nota hari ini, esok bertukar topik lain. Akhirnya, banyak masa dihabiskan tetapi isi penting tidak benar-benar dikuasai. SPM 2026 menuntut calon memahami tema secara menyeluruh. ✅ Fahami isu semasa dalam setiap tema. ✅ Kumpulkan fakta, peribahasa dan ungkapan menarik. ✅ Kuasai kosa kata aras tinggi. ✅ Latih kemahiran bertutur, memahami, menulis dan menjawab KBAT berdasarkan tema yang sama. Ingat, tema bukan sekadar tajuk karangan. Tema ialah "bank idea" yang membantu calon menjawab: 🗣️ Ujian Bertutur 📖 Soalan Pemahaman ✍️ Karangan 🧠 Soalan KBAT Calon yang menguasai tema akan lebih yakin mengemukakan idea, menghuraikan isi dan menghasilkan jawapan yang matang. Jangan tunggu hingga saat akhir. Mulakan sekarang. Susun strategi. Kuasai 18 tema Bahasa Melayu SPM 2026 satu demi satu. Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. 💪📚 #SPM2026 #BahasaMelayuSPM #NotaBertema #SPMScoreA #UlangKajiBerfokus
DISKUSI ILMIAH
Region: MY
Saturday 20 June 2026 03:10:49 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ishraqamani, please go to the Tikwm
homepage.