Haganezuka :
aku nak share sikit pengalaman yang baru ni bukak mata hati aku sendiri. aku dapat tawaran kerja dalam sektor kerajaan, dan ditempatkan di subang jaya, aku niat dalam hati aku sekiranya ini yang terbaik, Allah mudahkan segalanya. first day pegi lapor diri aku dah mula runsing dengan suasana tengah bandar, aku tengok sekeliling keadaan memang penuh kereta, bangunan dan yg aku hanya nampak adalah konkrit. termenung panjang aku masatu. aku berasal dari kawasan luar bandar, 24 tahun aku hidup aku tak pernah duduk dekat kawasan tengah bandar. hari pertama aku lapor diri aku dah rasa tak tenang, hati aku rasa terseksa dan jiwa aku meronta. apa yang aku fikir dalam kepala otak aku adalah, macam mana aku nak survive kat sini? betul ke tindakan aku ni untk tinggalkan mak aku kat kg untuk aku duduk dekat kawasan bandar ni. lama aku termenung dah memikir. habis lapor diri pukul 4pm, aku terus balik rumah dan redah perjalnan lebih kurang 120km untuk jumpa mak aku balik. sepanjang jalan aku buntu aku taktau nak buat keputusan, kalau aku terima jawatan tu, esoknya aku terus kene bertempat di subang jaya dan bekerja disana. sampai rumah aku peluk mak aku dulu dan aku tengok muka mak aku yang sayu dan riak wajah yang resah. aku ikut kata hati aku, malam tu jugak aku buat keputusan untuk aku tolak tawaran tu dan tinggal bersama mak aku . dan kembali ke tempat keje lama aku balik. alhamdulillah, tempat lama aku terima aku balik untuk bekerja . jadi apa yang aku boleh katakan kat sini, tak semua indah yang orang cakap itu adalah manis. dan lain orang lain ujian dan situasi yang mereka hadapi. mungkin ada orang jiwa yg kental untuk laluinya, tetapi bagi aku, hanya diri sendiri sahaja yang kenal kemampuan dan kebolehan diri sendiri. dan disini jugak aku kenal diri aku. dan keputusan yang aku buat mungkin orang lain nampak merugikan. tapi bagi aku inshaAllah inilah keputusan yang tepat untuk diri aku. dan sekarang aku terfikir, yang bagi rezeki tu bukanlah kerajaan, bukanlah jawatan atau pekerjaan . tapi Allah yang bagi. bagi aku, kerja la macam mana pun asalkan aku dapat tengok muka mak aku hari hari, inilah ketenangan yg aku nak. soal rezeki, cuma usaha dan teruskan doa. inshaAllah
2026-07-29 15:31:32