mastura_mass 🕊️🩷 :
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… Di hadapan Baitullah ini aku mengangkat kedua-dua tanganku, mengakui bahawa tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu. Aku menyerahkan sepenuh harapan, usaha dan masa depan anak-anakku kepada-Mu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan peperiksaan Iqmal Ezham (Semester 4), Elisya Edayu (SPM 2026) dan Emma Emelda (SDKA 2026). Bukakanlah hati mereka untuk memahami ilmu, kuatkan ingatan mereka, tenangkan jiwa mereka, lancarkan setiap jawapan mereka, dan kurniakanlah keputusan yang terbaik, cemerlang serta diberkati. Jika kejayaan itu baik buat agama, dunia dan akhirat mereka, maka janganlah Engkau palingkan mereka daripadanya. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata, kebanggaan keluarga, serta hamba-Mu yang sentiasa dekat dengan-Mu. Aku reda dengan setiap ketentuan-Mu, namun aku memohon dengan penuh pengharapan agar Engkau mengurniakan yang terbaik buat mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin 🤲🏻🤍
2026-07-31 14:08:54