@abuyaaaqib69: PUISI 19 : DERITA SEORANG PEJUANG Lautan api yang terhampar panas menjulang kadangkala meruntun jiwa-jiwa pejuang pedihnya bukan kepalang hingga ada yang gugur di simpang. Saat membuka tirai sirah derita para kekasih yang maha Esa terlihat cerah biarpun mereka dikenali dengan luhur dan maksum namun derita itu perlu diranduk demi menegakkan ad-din tercinta. Hakikatnya derita kita tak sedahsyat mereka namun mereka tetap teguh kerana istiqamah dan akrab dengan sang Pencipta. Ketahuilah wahai jiwa-jiwa pejuang segala rasa hadir dari yang maha Kuasa segalanya bisa manis asalkan istiqamah dan akrab dengan sang Pencipta. Moga lautan api yang direnangi terasa dingin moga hati yang gundah kembali tenang apa yang diperlukan hanya istiqamah kerana janji yang maha Kuasa tidak berubah. Buya Aqib #fighter #allah #muhammad #islamic_video #consistency