@d1garmz: #viral #repostvideo #views

d1garmz
d1garmz
Open In TikTok:
Region: GB
Saturday 20 June 2026 10:34:07 GMT
711281
15491
630
33575

Music

Download

Comments

To see more videos from user @d1garmz, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Ramai yang membesar dengan lagu tidur ini. Lembut, mendayu, dan kelihatan tidak berbahaya.  Tapi di Indonesia, “Nina Bobo” bukan sekadar lagu pengantar tidur, ia adalah kisah kehilangan yang membawa misteri menyeramkan hingga ke hari ini. Pada tahun 1871, lahirlah seorang anak perempuan bernama Helenina Mustika van Rodjnik. Ibunya adalah seorang penari asal tanah Jawa bernama Mustika, sementara ayahnya adalah seorang kapten asal Belanda, Van Rodjnik.  Sejak bayi, Nina selalu sukar tidur. Satu-satunya cara untuk menidurkannya adalah dengan lagu lembut yang dinyanyikan ibunya. ibunya mencipta sebuah senandung lembut yang berulang malam demi malam agar anak perempuannya tertidur.  Kapten van Rodjnik, ayah Helenina, menyarankan agar senandung itu diberi lirik, lalu terciptalah Nina Bobo, khusus dicipta untuk bayinya. “Nina bobo, oh nina bobo   Kalau tidak bobo digigit nyamuk   Nina bobo, oh nina bobo   Kalau tidak bobo digigit nyamuk” Setiap malam, suara itu mengiringinya hingga lena. Tapi pada usia sekitar enam tahun, Nina jatuh sakit. Demamnya tidak kebah, dan akhirnya dia meninggal dunia.  Rumah itu menjadi sepi, kecuali pada waktu malam. Dari bilik tidur Nina, ibunya mendakwa dia masih mendengar tangisan anaknya. Air mata membasahi pipi setiap kali dia masuk ke bilik itu, melihat katil kecil yang kini kosong.   Sejak itu, tiap malam dia mendengar tangisan bayi yang entah datang dari mana. Hanya saat dia menyanyikan Nina Bobo, tangisan itu berakhir. Bagi yang mendengar, itu bukan sekadar suara duka seorang ibu, melainkan panggilan meremang dari dunia lain. Cerita jadi menyeramkan apabila jiran mula mendakwa mereka mendengar suara kanak-kanak ketawa dan berlari di dalam rumah itu. Seorang pembantu rumah pernah melihat kelibat budak kecil duduk di hujung katil, mengayun kaki sambil memandang pintu, matanya kosong, pucat, dan kaku. Lebih aneh, setiap kali si ibu berhenti menyanyi, bunyi tangisan halus kedengaran. Kisah ini terus hidup sehingga kini. Ramai yang percaya, jika lagu ini dinyanyikan penuh liriknya pada tengah malam, roh Nina akan “datang” untuk tidur di sisi orang yang menyanyi.  Ada yang kata mereka terasa tilam berlekuk sebelah badan, seakan-akan ada tubuh kecil baring di situ. Ada juga yang mendengar nafas perlahan di telinga mereka walaupun bilik gelap dan sunyi. Satu kes terkenal di Jakarta, seorang wanita cuba merakam dirinya menyanyi Nina Bobo pada jam 12 malam. Dalam rakaman, selepas dia habis menyanyi, kedengaran suara kanak-kanak berkata, “Mama, jangan pergi…”. Wanita itu dikatakan jatuh sakit seminggu selepas kejadian, dan meninggal secara misteri. Hari ini, ramai ibu bapa enggan menyanyi lagu ini kepada anak mereka. Bagi mereka, ia sekadar lagu rakyat lama. Tapi bagi yang pernah “merasai” sendiri gangguannya, Nina Bobo bukan sekadar melodi tidur… ia jemputan untuk sesuatu yang kita tidak fahami. #fypシ゚ #malamnovel #kisahseram #kisahmisteri #trendingnewsmalaysia #horrormalaysia #horrorindonesia #indonesia #ninabobo #seram

About