@dbkl.tt: JIM, DBKL SERBU PENEMPATAN, AKTIVITI PERNIAGAAN DI PASAR PUDU Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang diketuai oleh JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama gabungan dari JIM Putrajaya dan JIM Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Kutip di sekitar kawasan Pasar Pudu, Kuala Lumpur bermula pada 10.00 malam Jumaat, 19 Jun 2026 dan berakhir sekitar jam 3.00 pagi Sabtu 20 Jun 2026. Menerusi operasi dan tindakan pemeriksaan bersepadu yang dijalankan, DBKL telah membuat penutupan serta merta sebuah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga negara asing, mengeluarkan 3 notis ke atas premis beroperasi tanpa lesen dan 24 tindakan sita dan pindah barangan/peralatan aktiviti penjajaan tanpa lesen lesen dari warga asing melibatkan peniaga barangan am, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan basah (ikan,ayam,daging) dan lain-lain. Kesemua barangan dan peralatan perniagaan yang di sita, dipidahkan ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan dan dokumentasi lanjut. Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian WPKL 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Manakala pihak JIM, PDRM, JPN telah membuat pemeriksaan ke ats 320 orang warga asing dari pelbagai negara dan telah membuat tindakan penahanan ke atas 186 orang kerana di syaki melakukan pelbagai kesalahan melibatkan tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah mengikut Akta Imigresen 1959/63. Mereka yang ditahan terdiri daripada 118 warga Bangladesh, 28 warga Indonesia, 26 warga Myanmar, lima warga Vietnam, empat warga Nepal, dua warga India, seorang warga Pakistan serta dua warga China. Kesemua yang ditahan itu dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut. DBKL akan meneruskan operasi bersepadu dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Orang ramai boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera sekiranya terdapat sebarang aduan. https://adukl.dbkl.gov.my/ Sumber : @JABATAN PENGUATKUASAAN - DBKL @hannahyeoh #MalaysiaMADANI #KLBandarUntukSemua #KLCityForAll #KLBerdayaHuni #SayangiKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Region: MY
Saturday 20 June 2026 12:38:21 GMT
Music
Download
Comments
Abangadik :
Salam. Bole tak pihak berkuasa check yg kutip parking malam malam. Lagi2 yang parking free. Tolong la sgt2. Ramai2 like and comment so dapat perhatian. Thank you
2026-06-21 01:22:26
114
Zaiton Ahmad :
dh kutip ramai2 ni tp.msih bnyak LG org2 ni ..ape dh jd
2026-06-21 04:11:38
17
⭕️'CHIEE DER :
JIM nie unit baru ditubuhkan ke.,,
2026-06-21 03:47:20
7
seputih salju :
tolong mai kutip kat Kedah...
2026-06-21 10:55:38
7
❤️ 🕊️ Hai Cinta 🕊️❤️ :
pandan perdana . dn ampang ni rmai 👍
2026-06-21 17:24:16
7
mahathir mustafa cok :
pasar pudu lagi ramai drpd bukit bintang??? biar betik
2026-06-20 22:27:46
17
Easah Nordin :
Terbaik pada semua..terutama Agensi yang berkaitan..Syabas.
2026-06-21 02:26:33
12
seketuii Nabila :
tolong laa dtg taman sri andalas klang
2026-06-21 17:23:30
4
Artikah Nora :
kutip
2026-07-06 12:32:48
0
Bawang Official :
jln alor ..boleh cuba pulak..jln..klang lama...jln peel...tahniah agensi
2026-06-20 22:34:08
4
uc :
tiada hari tanpa operasi
2026-06-22 23:56:43
1
Siti Hawa :
terbaik jim
2026-06-21 01:25:13
5
osmnn :
Tahniah keep up the good work…!
2026-06-23 01:50:50
1
Keshab karki :
Dkt petaling jaya digitall mall section floor ramrai kosong keje
2026-06-24 14:21:59
2
MAYdin KG SRI PADUKA @34500 :
terbaik la JIM
2026-06-25 07:09:05
1
joki :
terbaikj
2026-06-26 16:08:44
1
Norfariza Nor :
Pelabuhan Klang...
2026-06-21 01:52:08
2
{{Amin}} :
selamat bos bos sekalian
2026-06-22 19:37:29
1
Wati :
alhamdulillah
2026-06-20 18:41:06
2
Zulaikha :
Terbaik JIM👍👍
2026-06-21 00:11:45
1
seputih salju :
kat Kedah ramai
2026-06-21 10:55:12
2
Kelvin.G :
kutip kutip tak habis , try setiap minggu kutip sampai kosong bagus
2026-06-21 11:11:16
2
sharkboss9 :
Mantap
2026-06-20 15:47:09
1
SriRizky :
sekarang bulan 6 tuan
2026-06-21 04:41:19
1
suesweet86.wellness :
terbaik jim
2026-06-21 00:38:08
1
To see more videos from user @dbkl.tt, please go to the Tikwm
homepage.