@japensabah: 🎉 Regatta Lepa Edisi Ke-31 kembali memeriahkan Semporna bermula 26 hingga 28 Jun ini! Acara kebanggaan masyarakat Bajau ini dijangka menarik kira-kira 50,000 pengunjung dengan pelbagai pengisian menarik seperti pameran lepa berhias, pertandingan perahu tradisional, sukan laut, persembahan kebudayaan dan aktiviti komuniti. Kemuncak sambutan termasuk sukan laut pada 27 Jun serta pertandingan Ratu Lepa, Larian Lepa dan Lepa Golf pada 28 Jun. Regatta Lepa bukan sekadar pesta, tetapi wadah memperkenalkan keunikan budaya, seni tradisional dan identiti masyarakat Bajau kepada dunia. 📍Semporna, Sabah 📅 26 – 28 Jun 2026 #RegattaLepa31 #RegattaLepaSemporna #JAPENSabah