@cidrmp: ๐—ข๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ SHAH ALAM, 21 Jun 2026: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah melancarkan satu Operasi Khas yang dinamakan Ops Cantas Bersepadu Bil.1/2026 selama empat hari, sejak 18 Jun yang lalu, dengan menyasarkan beberapa daerah di negeri Selangor. Operasi yang disertai seramai 252 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, JSJ Kontinjen Selangor, dengan sokongan Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman. Bagi memperkukuhkan tindakan keberkesanan penguatkuasaan secara bersepadu, Operasi Khas ini juga turut membabitkan kolaborasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebanyak (235) serbuan dan pemeriksaan telah dijalankan dimana pihak polis telah berjaya menahan seramai 349 individu atas pelbagai kesalahan. Serbuan melibatkan beberapa lokasi antaranya premis kediaman, premis perniagaan, tapak projek pembangunan, sarang dadah, pusat pelupusan barang lusuh serta beberapa pusat hiburan. Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) turut berjaya memberkas lima (5) individu yang dikehendaki bagi siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta 34 individu dalam senarai dikehendaki. PDRM bersama rakan- rakan strategik akan senantiasa mempertingkat usaha mengesan pelaku-pelaku jenayah dalam masyarakat, bagi memastikan keharmonian dan keselamatan awam kekal terpelihara. Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah agar usaha pencegahan dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP

CID_RMP
CID_RMP
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 21 June 2026 15:21:15 GMT
10288
555
5
104

Music

Download

Comments

rafaie.abd.aziz
Waris panglima kerdil ๐Ÿคฒ๐Ÿซก๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ :
๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘๐Ÿซฐ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
2026-06-21 16:25:32
2
mermerthegreatest
mermerthegreatest :
D9
2026-06-21 15:34:34
1
datoakmal7
MR K :
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
2026-06-21 16:02:45
0
rimba.hutan57
Rimba Hutan :
๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š
2026-06-21 18:08:08
0
ahmadjazliomar
JETTOMEN :
@โ™ฅ๏ธ
2026-06-21 18:14:40
0
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About