@lindahalim_0: Betul la pepatah hidup ni macam roda. Selepas siri pemecatan oleh parti Bersatu dekat pemimpin diorang sendiri, kali ni yang masih kekal setia kepada Muhyiddin terima nasib sama dalam PN. Pengerusi PN, Samsuri Mokhtar, buat tindakan berani mengugurkan Azmin Ali dan Radzi Jidin serta merta dalam pentadbiran PN yang baru. Yang lebih buat Bersatu sakit hati, nama yang digugurkan tu tak dijemput pun dalam mesyuarat dan hanya dimaklumkan dalam kenyataan media Samsuri. Inilah respond dari PAS untuk serang balik Bersatu yang tegaskan takkan tinggalkan gabungan tu dan kekal gunakan logo PN dalam PRN nanti. Jadi apa yang berlaku sekarang ibarat Bersatu hanya menumpang je dalam PN dan hanya Muhyiddin yang masih kekal dalam kepimpinan PN. Kalau dah dibuang tu, sedar la sendiri jangan nak mengemis sangat. Semua ni takkan berlaku kalau Muhyiddin tak gila kuasa sangat sampai pecat ahli yang melawan dia. #PN #Bersatu #Politik #fyp