@ohmedia: Malaysia dijangka berdepan gelombang baharu kemasukan pelarian Rohingya melalui laluan laut sekitar September ini, susulan perubahan musim angin monsun yang memudahkan perjalanan bot ke Asia Tenggara. Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, corak kemasukan itu sudah berlaku berulang kali sejak beberapa tahun lalu. Hal ini kerana gelombang kemasukan etnik Rohingya selalunya berlaku apabila keadaan cuaca dan laut mengizinkan. #ohmedia #as