@utusansarawak: KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi 1 Kuching selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup migran mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) [Akta 670]. Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, tertuduh yang dikenali sebagai Rayudi Jamal mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Amelati Parnell. Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati telah menyeludup dua orang warga Indonesia sebelum ditahan di kawasan Sekolah Holy Name, Jalan Biawak berhampiran Simpang Lorong Rukam 4, Lundu. Kes tersebut membuktikan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan penyeludupan migran yang menyalahi undang-undang serta boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memilih untuk mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di mahkamah, sekali gus mempercepatkan proses perbicaraan. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kong Siew Chuo yang mengemukakan fakta dan hujahan bagi menyokong pertuduhan terhadap tertuduh. Mahkamah selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah serta fakta kes memerintahkan hukuman penjara selama dua tahun dikenakan terhadap tertuduh, bermula dari tarikh tangkapan #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #bawa #masuk #migran
Utusan Sarawak
Region: MY
Monday 22 June 2026 06:17:21 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @utusansarawak, please go to the Tikwm
homepage.