@newswav: Kejayaan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli muncul juara di Grand Prix (GP) Republik Czech selepas lebih satu dekad penantian ternyata mengujakan rakyat Malaysia. Namun siapa sangka, bukan itu sahaja momen yang mencuri perhatian pada hari perlumbaan itu yang berlangsung pada Ahad (21 Jun). Sebaliknya aksi pengurus pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, Jordi Gatell yang dengan pantas mengalihkan botol champagne yang diletakkan di posisi podium Hakim Danish sebelum majlis penyampaian trofi bermula turut mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Menerusi video yang tular di media sosial, Jordi yang tiba di pentas secara spontan bertindak mengalih dan menyembunyikan botol champagne tersebut sebaik menyedari keberadaan botol arak tersebut. Lebih mencuri tumpuan apabila Gatell turut dilihat beredar bersama pelumba negara itu ketika sesi Champagne Shower berlangsung sebaik selesai sesi penyampaian trofi. Tindakannya disifatkan orang ramai sebagai penuh keprihatinan dan menghormati pegangan agama pelumba muda dari Malaysia berkenaan. Malah ramai memuji perbuatan Gatell meskipun beliau bukan seorang yang beragama Islam namun masih memahami sensitiviti terbabit meskipun penggunaan champagne di podium perlumbaan adalah sebahagian daripada tradisi sukan permotoran dunia. #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #viralmalaysia

Newswav
Newswav
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 22 June 2026 10:51:44 GMT
763151
39494
365
944

Music

Download

Comments

beedinjualproton
Bee Din Jual Proton :
syabas hakim danish, kebanggaan Malaysia
2026-06-22 14:54:37
505
zunaidah.yusof
Zunaidah Yusof :
terbaik manager yg menghormati anak buahnya...team yg baik...mantappp
2026-06-22 14:01:45
3077
ivychan.em
IVY乛chan :
Respect🥰🥰
2026-06-25 01:47:25
0
untukmu_demidia99
untukmu_demiDia99 :
Sebab ape? Sebab Hakim pegang teguh prinsip dia. He earned it
2026-06-22 14:12:23
1333
manrantau6
Ab Rahman @man rantau :
manager yg faham akn ank buah dia.. aritu dpt no 3 la ni no 1 team terbaik
2026-06-22 12:37:25
1064
bagindaputraalbanjari
s@z@li :
1 million respect full for hakim danish team leader 🫡🫡🫡
2026-06-22 12:53:11
231
mawar_rose03
Mawar Rose 🦈🦛 :
Bangga aku tgk diorg hormat agama kita.. Alhamdulillah,terima kasih 🥰
2026-06-23 06:13:39
213
wanzulazan
Black cobra :
Salut pengurus
2026-06-22 11:28:25
252
chemahsharif
chemahsharif :
Hakim danish seorg ank muda luar biasa Tahniah utk kedua org tua ny
2026-06-23 01:23:58
32
emyayie
Emylia :
tiba2 Mata aku berair... sedih weiii... Tarnish Hakim, membanggakan Malaysia... good job dik hakim💪💪💪
2026-06-24 05:45:27
5
bashahaddan
safa raudhah :
AllahhuAkbar Syukur Alhamdulillah terbaikk padu bangga dgn Hakim..🤲🥰💪
2026-06-23 14:35:21
17
mat_endon
Muhd Don :
Kami ummat islam berbangga dgn team beliau 🥰🥰🥰
2026-06-24 02:18:00
10
acikis3
acikis :
Alhamdulillah 🤲
2026-06-23 01:28:08
9
72purplemania_
purplelady :
respectful,.. 👍👍👍👍👍
2026-06-24 07:04:12
0
chememabe
CheMemAbe :
respect
2026-06-24 01:18:56
0
evalavende
花花 :
Respect ✊
2026-06-24 10:11:46
0
enashah80
peguam_Ena80 :
thanks for the respect
2026-06-23 12:10:43
0
along3668
Along3668 :
respect pengurus Hakim Danish
2026-06-22 14:05:03
44
afandimustapah134gmail.1
afandi_mustapah134 :
Macam ni lah Pengurus..Terbaik..
2026-06-23 00:08:15
17
saeed7975
saeed7975 :
Success dunia, success akhirat... 🥰
2026-06-22 23:57:55
15
rostiger87
Rose tiger :
Berapa cc motor tu ?
2026-06-23 02:07:42
54
user9847863077857
nothing :
we love pmx🥰
2026-06-22 12:50:33
22
piqishere
IniPiQ :
Padahal boleh jer non alcoholic drink guna sparkling drink
2026-06-23 05:00:27
14
__rosetheone__
Sarah Rose Humairah :
Tahniah anak kelahiran Negeri Terengganu. Semoga kejayaan adik ni menjadi contoh kepada anak2 muda lain yg minat untuk berlumba supaya menceburkan diri dalam aktiviti perlumbaan yg professional. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama baik Negara Malaysia dipersada antarabangsa. Semoga adik berjaya dunia akhirat dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat dari ALLAH S.W.T. Aamiin.
2026-06-23 02:56:00
16
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About