@hafisnaserr: PART 3 : - Ini semua adalah bukti dokumen pembelian, bermula daripada Sale & Purchase Agreement (S&P) sehinggalah kepada Confirmation Letter / Consent Letter yang telah dipersetujui dan ditandatangani bagi membenarkan kami memasuki rumah lebih awal. Sila lihat sendiri tarikh S&P dan tarikh Undertaking Letter. Persoalannya, kenapa Undertaking Letter itu perlu dikeluarkan? Jawapannya mudah. Kami mendapat tahu bahawa salah seorang penjual telah diisytiharkan bankrap. Apabila mengetahui perkara tersebut, kami ingin membatalkan pembelian kerana masalah itu datang daripada pihak penjual, bukannya daripada kami sebagai pembeli. Namun begitu, pihak ejen dan peguam memaklumkan bahawa kami tidak boleh membatalkan urusan tersebut kerana kononnya wang deposit kami akan hangus. Akhirnya, mereka mencadangkan supaya satu surat persetujuan ditandatangani oleh kedua-dua pihak bagi membenarkan kami memasuki rumah lebih awal, memandangkan keadaan rumah ketika itu sangat teruk dan memerlukan kerja-kerja pembaikan segera. Dalam surat tersebut juga telah dipersetujui bahawa sekiranya pembelian dibatalkan disebabkan oleh pihak penjual, maka penjual bertanggungjawab membayar semula segala kos pengubahsuaian yang telah kami keluarkan. Jadi, jangan nafikan perkara yang telah didokumenkan dan dipersetujui secara bertulis. Lebih menghairankan, sekarang penjual cuba mengelirukan orang ramai dengan mengemukakan bukti yang tidak lengkap. Hakikatnya, masalah yang wujud bukan hanya satu. Antara masalah yang langsung tidak didedahkan kepada kami sebagai pembeli ialah: • Salah seorang penjual berstatus bankrap. • Tunggakan kepada pihak pemaju melebihi RM42,000. • Tunggakan kepada pihak pengurusan (management) sekitar RM16,000. • Tunggakan kerja pembetungan sekitar RM6,000. • Geran rumah masih atas nama pemaju. • Pemaju pula telah dibubarkan. Adakah semua masalah ini pernah dimaklumkan kepada kami sebelum kami menandatangani perjanjian? Jawapannya tidak. Sebab itulah saya tampil dengan bukti dan dokumen. Apa yang dipaparkan kepada umum hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan cerita. Dokumen-dokumen ini menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku sepanjang urusan pembelian rumah ini. Biarlah fakta dan bukti bercakap sendiri.
Hafis Naserr
Region: MY
Monday 22 June 2026 11:29:49 GMT
Music
Download
Comments
Buzzystore.my :
Dekat surat tu tulis kne bayar rm2k tiap2 bulan kepada peguam. Pembayaran tu berjalan x bang? Mohon pencerahan.
2026-06-22 11:56:54
30
nmh :
Kenapa kalah di mahkamah kalau betul ada perjanjian?
2026-06-23 07:24:41
18
MNN5588 :
kesian owner rumah tu ..
2026-06-22 17:36:54
28
umar.hakimi :
ni agent dgn lawyer game ko bang.. dieorg ambil risiko ingt bole setel tp tak.
2026-06-23 10:54:05
3
PURQON | AI Visual Marketing :
Macam mana pun tak boleh masuk ke dalam rumah dan wajib serahan zero posession. kalau kes bankrupt masih boleh jual rumah tapi dengan persetujuan insolvensi, klw hutang melepasi harga rumah tak boleh jual. Lawyer patut tahu mmg surat bagi masuk rumah tak valid pun. tarik lawyer sekali masuk mahkamah
2026-06-22 23:55:33
5
sunflower :
Org bankrap sign document , valid ke ?
2026-06-22 13:50:34
7
AAN_88 :
Status bankrupt tak jadi issue nak lupus property. Dapatkan consent insolvensi sahaja.
2026-06-23 10:07:18
3
Itssmeeyantiiii :
Maaf nak tanya apa response Lawyer dan agent utk hal ini? Ni ke advise mereka pada tuan?
2026-06-22 22:22:27
4
I am a Promoter…. :
why not settle the change of ownership first than proceed witg renovation?
2026-06-23 01:36:03
4
Jat :
maaf nak tanya, lawyer & ejen tak ada brief dulu ke status rumah & owner sebelum jatuh duit ? tuan percaya 100% pada mereka ke ?
2026-06-22 16:20:56
5
user70428005346906 :
tak faham kenapa lowyer tak Settle Down this matter . they should know how solve this matter
2026-06-22 21:50:28
3
MKK865 :
apa nama agent ni
2026-06-23 04:32:53
1
insan akhir zaman :
bang jika dia bankrap.boleh je teruskan urusan jual beli.duit tu akan ke jabatan insolvensi.proses jual beli bileh di teruskan.boleh tahu ada sesiapa yg batalkan proses jual beli?kebiasaan awal awal peguam akan buat carian bankrap
2026-06-22 22:46:08
2
YAZMI SY N464 :
owner org mana Fiz ?
2026-06-22 22:20:20
0
shafiq :
kenapa la agent x cek dulu owner bankrupt ke x... adoi la..
2026-06-22 23:48:02
1
Ahmad Afid Maliqe :
sorry bang aku tak campur hal org...🙏🙏🙏
2026-06-23 13:39:54
0
Wani Jual Rumah ✨ :
Amik pengajaran ya semua. Jangan reno selagi nama rumah belum tukar nama kita sendiri. Saya pun beberapa kali dapat seller yg bankruptcy, mmg seller tak declare pada agent, bila buyer dah booking, baru lawyer proceed buat due diligence dengan insolvensi. Ada deal yg go thru, ada deal yg abort awal2 kita refund 100%.
2026-06-23 09:27:35
2
Fitr ketterrr :
pemahaman aku stlh baca snp, sewa dicaj kalau pembeli masuk rumah tu untuk duduk. kerja renno tak blh dibuat lg. kalau tk jd beli, rumah mesti diserah semula dlm keadaan asal. isunya, deposit dh byr, dlm tempoh owner tk blh selesaikan urusan jual-beli, penalti akan dicaj kepada owner. so, pembeli tak rugi pun kat sini. so, lawyer dh lindung dua2 pihak dh- ke ada lg yg aku salah faham. REN tk nampak pun silap kecuali bab tak maklum owner dah kena isytihar bankrap
2026-06-25 07:03:22
2
Syafiq Subahar :
Silap 1: Masuk rumah sebelum tukar nama. Kalau sabar sikit, bagi settle hal rumah tukar nama dulu dah x pening, biar owner yg selesaikan taik2 hutang kalau dia nak jual rumah tu. Dan hal2 kemudian tu mmg akan jadi pening dah bila ambil vacant possession tp rumah x tukar nama lagi.... Sebab tu penting ikut prosedur jual/beli rumah, lalu jln bengkok2 ni mmg byk peningnya.
2026-06-23 01:41:28
0
rulhelmi_nordin :
Lawyer mcm xmain peranan. Saya pernah beli rmh pemaju lingkup. Lawyer urus semua. Hutang lama lawyer selesaikan sblm duit balance diberi pada seller. Utiliti dan maintanace fee semua hutang settle
2026-06-23 08:10:04
1
Lucifer :
rumah ni pasti susah nak tukar nama.. silap2 gaya pembeli kene keluar duit lagi untuk tukar nama.. susah beli rumah mcm ni.. loan kene bayar setiap bulan.. duit dah banyak keluar tapi rumah tak bole tukar nama.. bertabah jer lahh
2026-06-22 21:42:42
2
Abang Cendawan :
Bng btul ke abg dh klur dri umh tuu
2026-06-22 13:11:46
2
Hafiz zyad :
kalau sy jadi agent tu.sy advice park duit 3% kat lawyer. ambil comm last sekali takpa.dan klu sy jadi lawyer tu.sy advice agent park kat lawyer Sbb kes under liquidator Banyak guna duit.tapi Tula hmmm.agent NK cepat2 duit.owner DPT last sekali. cuma kesian juga buyer kesian juga owner.dua2 baik
2026-06-26 14:25:31
0
Sheik Fitri :
semoga dipermudahkan segala urusan bro...aminn YA ALLAH
2026-06-23 08:00:59
0
Ahmad Fairuz Yunus :
ne kena game dengan lawyer sendiri ne.
2026-06-22 16:19:16
5
To see more videos from user @hafisnaserr, please go to the Tikwm
homepage.