@fahamduit: Ramai rakyat Malaysia membesar dengan dua jenama ini — Sunquick dan Hacks. Hampir setiap rumah pernah ada sebotol Sunquick di dapur, dan ramai juga yang mencari Hacks apabila tekak mula terasa tidak selesa. Tetapi tahukah anda bahawa kedua-dua jenama ini mempunyai kaitan yang rapat? Sunquick merupakan jenama asal dari Denmark yang dihasilkan di Malaysia melalui usaha sama antara CO-RO Food A/S dan Kumpulan Barkath. Manakala Hacks pula dikendalikan oleh Hacks Malaysia Sdn Bhd di bawah Kumpulan Barkath. Ini bermakna kedua-dua jenama ikonik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebenarnya berada di bawah kumpulan perniagaan yang sama. Di sebalik kejayaan ini ialah legasi keluarga Barkath. Allahyarham Haji Abu Backer memulakan perjalanan sebagai pengedar Hacks dari England pada era 1950-an sebelum berjaya membawa pengeluaran jenama tersebut ke Malaysia. Hari ini, legasi itu diteruskan oleh Dato’ Seri Barkath Ali Hj Abu Backer yang mengembangkan perniagaan sehingga menjadikan Kumpulan Barkath antara syarikat makanan dan minuman tempatan yang dikenali ramai. Kadang-kadang kita guna sesuatu produk hampir setiap hari, tetapi tidak pernah tahu siapa yang berada di belakang jenama tersebut. Sunquick dan Hacks adalah antara contoh terbaik bagaimana sebuah syarikat tempatan berjaya membina perniagaan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia selama beberapa generasi. #Sunquick #HacksMalaysia #FahamDuit #BisnesMalaysia #fypmalaysia
Paling penting company ni bayar zakat dan cukai..🥰
2026-06-23 01:03:06
76
wanezfoodhq :
sunquick ada produk baru Rose & Sarsi. Jangan lupa try ye. Ada di semua pasaraya
2026-06-23 02:00:20
17
eita zainuddin :
Family farouk hussin
2026-06-23 22:36:40
0
mamuharun :
syukur alhamdulillah sy d besarkan rezeki carian oleh arwah bapa saya d Barakat Store🤝🤝🤲
2026-06-23 10:23:27
9
Hedzoo :
patut la kilang hacks kemain besar.. ingat dia buat gula-gula je dalam tu. dia buat sunquick ke dalam tu?
2026-06-23 03:00:16
8
Purple :
Tak rugi beli sunquick tiap bulan. Paling suka sunquick lemon tea👍🏻
2026-06-22 23:34:02
22
hjhamzahqassem :
Kawan baik bapa saya,, mai dari India,, Tanjour,, Madras
2026-06-22 23:51:39
5
@Is :
Alhamdulillah.
2026-06-23 00:28:05
3
combipp :
Arwah bapa saya kerja kat Barkath Store dari zaman pejabat kat Butterworth. Tiap2 tahun Raya ada hamper staff. Kat rumah penuh gelas sunquick macam2 corak. Dulu beli Sunquick sekalu dapat gelas free.☺️
2026-06-23 12:56:38
4
MeMe :
minuman kordial paling sedao mmg jenama sunquick...
2026-06-23 08:43:16
1
Fadil Nayan :
Jalan Kuchai Lama.
2026-06-22 16:29:14
0
SuzieSpi.e👀 :
Alhamdulillah dah lama support dan suka rasa Sunquick lagi sedap dari brand lain
2026-06-23 03:09:17
1
zunaidahsuhaili :
Puas hati minuman kordial jenama sunquick...dri zaman budak hingga sekarang...
2026-06-23 00:27:22
6
Fahmi Qalam × Proton :
Alhamdulillah 🥰
2026-06-23 02:12:25
1
apis :
alhamdulillah...jom support
2026-06-23 01:24:24
2
mohd R :
Bayar Zakat one time person terbaik datuk👍👍👍
2026-06-23 09:37:05
1
nuha :
kekalkan 💯💯💯
2026-06-23 04:50:16
1
hjhamzahqassem :
Saya teringin sangat nak jumpa Datuk Barkath sebab nak tahu juga adik beradik sebelah bapa saya yg masih ada di sana..Sebab bapa saya dan bapa Datuk Barkath memang kawan baik,, dengar dari mak saya la..
2026-06-23 02:54:17
2
Mohamad Faris :
Dalam beg dan kereta sentiasa ada hacks 😂
2026-06-23 04:24:17
1
cadetmahoney23 :
Sunquick sedap
2026-06-23 02:31:49
1
Ash :
sama la mydin pulau pinang juga
2026-06-23 05:24:30
1
Ripaie Zain :
2026-06-22 15:06:37
1
keris310villa :
alhamdulillah..dulu suka beli gula2 hacks..kalu musim raya..sunquick lah pilihannya
2026-06-23 02:11:41
1
Fatin_Akyar :
penah pergi kilang dia kat Penang msa study dulu... Management layan baik sgt...
2026-06-24 15:04:20
1
Hazel :
sunquick makin kurus aku makin gemuk
2026-06-24 04:35:02
0
To see more videos from user @fahamduit, please go to the Tikwm
homepage.