@onnhafiz: Syukur Alhamdulillah. Johor Economic Transformation Plan (JETP) merupakan pelan pembangunan ekonomi jangka panjang yang menjadi asas kepada transformasi Johor ke arah sebuah negeri maju, berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Menerusi pelan strategik ini, Johor menyasarkan KDNK sebanyak RM260 bilion, KDNK per kapita RM69,000, pewujudan 200,000 peluang pekerjaan baharu serta 100,000 pekerjaan berpendapatan premium menjelang tahun 2030. Selaras dengan aspirasi tersebut, setiap daerah diberikan peranan yang strategik berdasarkan kekuatan dan kelebihan masing-masing: 1. Johor Bahru – Hab AI, hab pembuatan berteknologi tinggi, ekonomi digital, aeroangkasa dan perkhidmatan berorientasikan eksport; 2. Kulai – Hab AI, hab pembuatan berteknologi tinggi, ekonomi digital, aeroangkasa dan perkhidmatan berorientasikan eksport; 3. Kota Tinggi – Gerbang tenaga, hab kimia hijau, pertanian dan pelancongan; 4. Mersing – Hab ekonomi biru dan eko-pelancongan; 5. Kluang – Hab agro-pemprosesan bernilai tinggi, pertanian dan bioproses; 6. Segamat – Zon tanaman bernilai tinggi dan pemprosesan biojisim; 7. Tangkak – Pusat strategik dan agro pelancongan; 8. Muar – Kompleks tenaga perindustrian, pusat pelancongan dan industri pemprosesan makanan bernilai tinggi; 9. Batu Pahat – Industri pemprosesan dan pembuatan; serta 10. Pontian – Hab tenaga biru-hijau dan produk akuakultur. Bagi mempercepatkan pelaksanaan agenda ini, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Johor Regulatory Sandbox yang membolehkan dasar, teknologi dan model perniagaan baharu diuji serta dilaksanakan dengan lebih pantas, sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai negeri yang progresif, inovatif dan mesra pelabur. Semoga segala perancangan yang digariskan menerusi JETP dapat direalisasikan dengan jayanya, sekali gus memperkukuh ekonomi negeri, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti serta memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara lebih seimbang oleh seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JETP #JSSEZ #JTDC

Onn Hafiz
Onn Hafiz
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 23 June 2026 00:47:09 GMT
51160
4695
140
459

Music

Download

Comments

_amyika_
AMYIKA CEO L :
Orang lain sibuk menjerit, sibuk buat content, sibuk cari salah orang. MB Johor pula sibuk bekerja. Orang boleh panggil macam-macam, boleh sindir macam-macam, tapi beliau tetap dengan cara dia. Tak banyak cakap, terus buat kerja. Akhirnya hasil tu yang bercakap. Sebab tu aku cukup hormat MB Johor. Aku lebih suka tengok hasil daripada sembang.
2026-06-23 01:38:25
114
pppazrin87
Azrin87 :
Terima kasih Datuk diatas kelulusan permohonan sumbangan penggantian kerusi meja kantin SK Puteri Ledang, Sagil Tangkak demi keselesaan anak2. Mungkin nampak kecil sumbangan ni, tapi besar bagi kami Sekolah luar Bandar dan sekolah kurang murid. #ydppibgsekolah ❤️💙👍
2026-06-23 02:01:33
56
aim_11086
a raheem :
Ini masanya Johor mula projek bertaraf nasional
2026-06-29 15:35:15
1
user285591060
Tik Toker :
Terbaik Menteri Besar Johor Dan TMJ. Johor terus maju jaya.
2026-06-23 07:58:16
21
joe.rambo3
JoeKey :
Ini kali xde ragu2 lg..mmg BN 👍
2026-06-23 02:25:08
21
buhairinadal
buhairinadal :
Terbaik MB, plan & visi yg jelas.. akan blk mengundi ni
2026-06-23 02:45:43
10
ayie102108
Shazali Bin Md Basir :
TERBAIK MB JOHOR.. ON HAFIZ
2026-06-23 02:34:13
9
zenudinmasran8
odenct :
Walk the Talk..Respek Dato MB Johor
2026-06-25 07:20:30
5
peterson3638
peter son363 :
Kwn dapat bantuan teksi mesti undi umno tanda terima kasih .terbaik mb
2026-06-23 12:54:00
9
nazmi_rahmat
NazmiRahmat♿ :
Alhamdulillah
2026-06-25 03:53:20
4
ejasyareeza
EjaSyareeza :
Teruskan melangkah MB Dato Onn Hafiz! Bangsa Johor menyokong anda! ❤️💙
2026-06-23 04:57:34
10
wanfaudzilahwanab
WAN FAUDZILAH :
Terbaik Dato Onn Hafiz... Yang bijak berbicara ttg kejayaan.. Yang gagal sentiasa mencari kesilapan
2026-06-23 09:26:33
7
nurulshafinazzira
Nurul Shafinazzira :
Terbaik MB Johor ❤️
2026-06-23 01:30:49
5
clauraviel31
𝐀 :
Semoga setiap daerah terus berkembang dan setiap keluarga dapat merasai manfaatnya ♥️💙
2026-06-23 02:40:51
6
amirulfahmi1432
amirulfahmi :
Batu pahat hadir 🫱🏻‍🫲🏼
2026-06-25 14:50:21
1
baljin19
bal jin :
semoga dapat kembali berbakti di negeri sendiri
2026-06-23 10:54:39
6
rainimohdrainimoh
rainimohdrainimoh :
Alhamdulillah
2026-06-25 13:55:06
1
myraesmeee
myramelll :
terbaik✨🤲🏻
2026-06-25 08:58:21
1
a13469573
A1+3 :
Alhamdulillah terbaik semoga jadi kenyataan aamiin
2026-06-25 05:23:20
2
user5221610563613
Amran :
Alhamdulilah... #MAJU JOHOR #BANGSA JOHOR
2026-06-23 02:55:16
4
user7203977208263
Rahman :
Semoga Allah sentiasa majukan negeri Johor, aamiiin
2026-06-23 02:55:52
4
ameerfendikhamis
FK :
Terbaek MB 👍🏻💪🏻
2026-06-24 23:12:38
1
khalidmusib56
KhalidMusib :
ya allah berikan kesihatan datok on hsfis .panjangkan umornya semoga ia boleh membuat perubahan pada negeri johor.sebagai chontoh pada negeri yang lain amin.amin.amin
2026-06-29 00:53:12
1
tokmalik_
Tok Malik :
Walau pun saya tak dapat bantuan BKJ. Saya tetap sokong perjuangan MBJ yang sentiasa turun padang bersama menangani ekonomi dan rakyat Johor dibawah Naungan TMJ.
2026-06-25 04:55:26
3
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About