@jason.yew: SEMAKAN DAFTAR SPR: 'ONN HAFIZ BIN GHAZI' BUKAN ORANG JOHOR? Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerbitkan Daftar Pemilih Tambahan Bulan 4 Tahun 2026 (DPT BLN 4/2026). DPT SPR ialah kemas kini bulanan daftar pemilih induk yang mengandungi senarai pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik serta pengundi sedia ada yang memohon pertukaran kawasan atau menukar status pengundian. Senarai ini disediakan, diperakukan, diwartakan dan diterbitkan secara berkala oleh SPR. Ini bukan rahsia. Ini maklumat awam yang boleh diakses dan dibaca oleh orang ramai melalui laman sesawang SPR. Dalam DPT BLN 4/2026, seorang individu bernama "Onn Hafiz bin Ghazi" didapati membuat pertukaran alamat mengundi ke kawasan DUN Machap di bawah Parlimen Simpang Renggam. Individu bernama "Onn Hafiz bin Ghazi" ini mempunyai nombor MyKad 780302-07-XXXX. Mengikut kod negeri Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), nombor MyKad yang mengandungi kod "07" merujuk kepada kelahiran di Pulau Pinang. Manakala kod negeri bagi kelahiran di Johor ialah "01" (atau 21, 22, 23 dan 24). Secara kebetulan, ADUN Machap juga bernama Onn Hafiz bin Ghazi. Menteri Besar Johor juga bernama Onn Hafiz bin Ghazi. Maka persoalan yang timbul ialah: adakah "Onn Hafiz bin Ghazi" yang tersenarai dalam DPT BLN 4/2026 itu merujuk kepada individu yang sama dengan ADUN Machap dan Menteri Besar Johor?
JASON Update
Region: MY
Tuesday 23 June 2026 06:17:01 GMT
Music
Download
Comments
khalghaz :
PUSING PUSING KEPALA😂
2026-06-23 13:45:38
0
Kamarul678@ :
nanti dia salahkan DAP..🤣🤣🤣
2026-06-23 07:46:21
5
PakAlbab206 :
😝😝😝
ah ssudah....tunggu respon dari DIA nanti
2026-06-23 06:43:37
4
Mat :
Siyes lah .. belum apa apa dh kena kencing
2026-06-23 14:56:23
1
endlot :
Ini semua salah DAP
2026-06-23 18:05:10
0
Wei Ye (威爷) :
🤣
2026-06-23 07:47:00
1
BumberShoot ☂️🌂 :
😳😳😳😳😳😅😅😅😅
2026-06-23 23:21:15
0
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm
homepage.