@azreen.iskandar5: Kalau difikirkan memang 'makan dalam' betul taktik Dr. Sam kali ini. Azmin yang dulu megah jadi 'mastermind' Langkah Sheraton, akhirnya terduduk bila diri sendiri pula digugurkan. Manakala, Radzi Jidin yang suka sembang pasal formula pun terus hilang magis sebab gagal selamatkan jawatan sendiri. Bijak tak Dr. Sam, dalam diam dia tunjuk siapa 'Abang Besar' yang pegang remote control PN sekarang. Kata orang, ‘habis madu sepah dibuang’. BERSATU dah takda function pada PAS kan! Nak tak nak, Bersatu sekarang terpaksalah sedar diri dan tadah telinga sahaja mengikut apa-apa saja arahan & corak permainan yang Dr. Sam tetapkan kalau masih mahu menumpang dalam PN. Nasib kau lah BERSATU oi, sapa suruh bekerjasama dengan parti ‘kaki tikam’! #PN #Azmin #Radzi #Samsuri #politik