@inderashafri: "Kelebihan Selawat Tafrijiyah" Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah SWT Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan secara istiqamah dapat menghilangkan kesulitan dan kesempitan hidup dengan izin Allah S.W.T Selawat merupakan salah satu amalan paling utama kerana, Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa serta satu²nya amalan yang tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir. Selamat daripada huru-hara hari Kiamat. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah. Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan. Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti. Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa jua hal dalam kehidupan ini, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah. Selawat tafrijiyah Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan-Mu”. . FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH Antara kelebihan atau kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah: 1. Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa dirinya. 2. Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan. 3. Diberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya. 4. Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang. 5. Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya. 6. Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang. 7. Allah makbulkan apa yang dihajatinya. 8. Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. Kata Imam ad-Dainuri R.A : 1. Baca 11 kali setiap kali selepas solat fardhu insya Allah akan diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khotimah. 2. Dibaca 41 kali setiap malam secara istiqomah, insya Allah akan tercapai segala hajatnya. 3. Dibaca 100 kali setiap kali selepas Solat Sunat Hajat pada beberapa malam, insya Allah masalahnya diselesaikan. 4. Dibaca 313 kali setiap hari, insya Allah akan mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT. 5. Dibaca 1000 kali, insya Allah tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki. Kata Imam Qurtubi R.A : Dibaca 41 kali atau 100 kali, insya Allah akan dihilangkan segala dukacita dan kesusahannya. Dimudahkan segala urusan, diangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan dibuka pintu kebajikan. Sollu Alan Nabiy...
MUHAMMAD
Region: MY
Tuesday 23 June 2026 13:51:29 GMT
Music
Download
Comments
Rusnah Md Isa :
aamiin
2026-06-23 18:07:35
0
md isa Mohd :
alhamdulillah syukur
2026-06-23 16:35:46
0
Azzahari Musa :
sallallahu alaihi wasallam
2026-06-23 14:32:00
0
Gayah :
🥰🥰🥰
2026-06-23 16:04:38
0
nazar_0066 :
👍👍👍
2026-06-23 15:28:38
0
zam :
🥰🥰🥰😂😂😂😂😂😂🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-06-23 14:27:28
0
Ghazali Hamid :
😳😳😳
2026-06-23 18:20:11
0
To see more videos from user @inderashafri, please go to the Tikwm
homepage.