@brorizal30: KRONOLOGI KES 1. Bapa arwah merupakan ahli Badan Kebajikan Salaturahim (BKS) Kampung Pandan Dalam. 2. Bapa arwah telah meminta pihak BKS menguruskan jenazah anaknya. Pihak BKS kemudiannya menguruskan pengambilan jenazah di Hospital Ampang, mandi jenazah serta solat jenazah. 3. Setelah urusan tersebut selesai, bapa arwah telah memohon Borang Kebenaran Pengkebumian Jenazah MPAJ daripada pihak pengurusan masjid. Walau bagaimanapun, pihak Pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam memaklumkan bahawa waris akan dikenakan caj sebanyak RM1,400.00 bagi urusan jenazah. 4. Bapa arwah tetap memilih agar urusan pengkebumian diteruskan oleh pihak BKS. Namun, menurut dakwaan pihak keluarga, pihak Pengurusan Masjid Nurul Hidayah di bawah JAIS telah menyekat proses permohonan dan mengambil permit kubur daripada waris. 5. Keluarga kemudiannya meminta pihak BKS membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana untuk dikebumikan. 6. Setibanya di tanah perkuburan, dua anggota polis memaklumkan bahawa urusan pengkebumian tidak boleh diteruskan kerana terdapat laporan yang dibuat oleh pihak Pengurusan Masjid Nurul Hidayah. Keadaan ini menyebabkan waris dan pihak BKS terpaksa menunggu lebih kurang satu jam. 7. Selepas wakil Pengurusan Masjid Nurul Hidayah hadir ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana, pihak polis dan penyelia tanah perkuburan akhirnya membenarkan pihak BKS meneruskan urusan pengkebumian jenazah. Sumber: Ustaz Wan, pemilik video, dan pasukan BKS. Nota: Kronologi ini disediakan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak yang dinyatakan sebagai sumber dan mengandungi dakwaan mereka mengenai kejadian tersebut.

꧁riezman30❤︎꧂
꧁riezman30❤︎꧂
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 25 June 2026 15:04:48 GMT
364003
4928
264
1397

Music

Download

Comments

darveee.s
darveeeena :
1400 myb waris takde duit yg cukup. tempat aku pun cas jugak. tapi kalau takde duit. pihak masjid suh bayar ansur.. mana yg susah daif tu time tu lah guna duit masjid, setiap jumaat berapa ramai bersedekah.. bukan nye sekat dan halang tak bagi tanam semata2 tak menjelas rm1400 tu. nama je pengurusan, tapi tidak memudahkan. taksemua perkara perlu ikut undang2, ni fardu kifayah. kalau dia bukan org situ, masih boleh ditanam cuma ade cas tambahan, kerana tak beri rm1400 tu bukan penghalang dari jenazah utk dikebumikan. memudahkan urusan org lain, dan Allah permudahkan urusan kita kelak.
2026-06-26 10:27:07
538
restoran_shasha
shasha ab razak :
Fardu Kifayah tu🥺... ya allah.. ampunkan lah kami yg sgt leka ini😩.. mudahkanlah urusan org jgnlah dipersulitkan
2026-06-26 07:46:51
554
user8846875402750
didi_benz114 :
pihak pengurusan Masjid itu silalah tampil beri penjelasan.. kami nk dgr dua-dua belah pihak .
2026-06-26 12:30:43
116
zul7ahmi
ZUL7AHMI :
jd.. apa masalah smpai perlu melibatkan polis?
2026-06-26 09:01:28
130
miaafif87
Hawa hawani♥️ :
permudahkn la dulu urusan jenazah,sedih sy bile dgr mcm ni..😭😭😭
2026-06-27 01:11:09
29
jengget5
JenGGeT :
Kampung aku jika ada kematian waris tak perlu byr apa² jika jd ahli khairat. Setiap ahli yg perlu byr rm10 shja kpd tabung (setiap kali ada kematian sahaja)
2026-06-26 10:36:24
56
luqmanislam77
LNIBY286 :
Sbb tu perlu berdaftar sebagai ahli khairat kematian. Confirmkan rumah kita bawah kariah masjid mana. Then daftar as ahli. Tak mahal pn. Kebiasaan Bayaran tahunan dlm 50-100 utk satu keluarga. Kelebihannya bila ada kematian. Pihak masjid akan bantu urua semuanya. Tak akan kena apa2 charge lagi. Dan info kematiaan pn pihak masjid akan bantu sampaikan pada masyarakat. Kalau bukan ahli. Mmg akan kena charge bayaran penuh utk pengurusan.
2026-06-26 10:52:55
34
lishy249
lishy :
Kenapa mahal sgt? Ini fardhu kifayah
2026-06-26 15:21:49
35
cari_napeow
ايجا🦋 :
tanah yg kita duduk tanah kepunyaan Allah dan tanah kubur kita nanti pun milik Allah,kite x punye ape2 ats dunia ni cuma pinjaman dari Allah hanya Allah yg maha tahu semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman al fatihah 🤲
2026-06-27 03:05:11
13
im589153
🎼📸havanasparkles 💃💃 :
contohilah yb helmy@kariah lain yg gunakan dana/derma dari masjid utk urusan pengebumian secara percuma🥰arwah ayah saya salah sorg dr nya..kita yg masih mampu,teruskan menderma utk keperluan org lain@ kita sendiri
2026-06-26 10:39:07
63
zerogolfy
golfy :
sapa buat report?? tu tlg sikit kedepan..
2026-06-26 10:08:46
32
ha.ya.ti.09.06
Hayati :
Di hari yang baik dan bulan yang ini sepatutnya di mudahkan segala urusan kematian
2026-06-26 10:59:30
22
iixrtu
iixrtu :
hidup pon susah, meninggal pon susah…ya allah permudah kn lh segala urusan duniawi🤲🏻
2026-06-26 12:35:15
27
azlini90
Nini@28 :
ya allah betapa kte lalai kerana duit .....smga urusan kte semua dpmudhkan
2026-06-26 11:06:08
19
ikinmba
She Ikin :
soal hati ni kan...
2026-06-26 10:01:09
32
4rel0ng
Are-long :
sepatutnya permudahkan urusan ni persulitkan keaadaan pulak
2026-06-26 10:20:33
13
muhamadmj86
MuhdMJ :
masya Allah..rumitnya.. "ya Allah s.w.t permudahkan lah urusan hambaMu di akhir hayatku nanti..smoga dijauhi kesusahan&kerumitan kpd org yg menguruskan jenazahku"🤲😢..
2026-06-26 09:49:02
18
si4p41tu
AdelfiyahAlfaeeq :
ujian utk kita semua...
2026-06-26 09:54:33
13
2102mahkota
Sis Soya🍒 :
hbs apa maksud khairat kematian? x faham jugak
2026-06-26 07:58:29
21
benzizi_thechartist
BenZizi :
harap ada penjelasan dari pengerusi masjid nurul hidayah kg pandan dalam. jauh tu dari ukay ke pandan dalam. 😌
2026-06-26 11:48:09
34
aiskrimtokdin
Aiskrim Tok Din :
semoga pihak yang terlibat diberi hidayah dan pengajaran AGAMA BUKAN DIDAGANGKAN TAPI UNTUK MEMUDAHKAN HARTA WAKAF TAK BOLEH DIJUAL BELI.
2026-06-26 12:43:02
5
ibuazhan
IbuAzhan :
Sedih sangat sampai jadi macam ni🥹🥹🥹🥹
2026-06-26 12:30:10
5
kaklongsambalgaring
KAK LONG 05🍉 :
setiap musibah pasti ada hikmahnya.kita mudahkan urusan orang lain insyallah Allah permudahkan urusan kita.
2026-06-26 08:37:29
6
ayielaylay
ayielaylay :
xphm..buat kronologi tu kena improve lg
2026-06-27 05:09:12
3
purplerose454
purplerose :
Maaf cakap, mungkin pekara ini pernah berlaku di tmpt² lain ttp x diketahui umum. jd dgn viral isu ini, daku berpendapat, teguran drp Allah set agar kita dpt baiki dan mudahkan segala urusan perkebumian.
2026-06-28 04:04:43
1
To see more videos from user @brorizal30, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About