@ohbulanofficial: Tiga kiosk di Petaling Street Market, Jalan Hang Lekir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.21 tengah malam dan mengerahkan anggota dari BBP Hang Tuah dengan bantuan BBP Pudu serta BBP Titiwangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Sumber: Berita Harian Kredit Video: 9sph34 #ohbulan #kebakaran P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!