@apakesapacerita.com.my: SHAH ALAM: Jenazah seorang lelaki didakwa terpaksa dibiarkan dalam liang lahad tanpa dikebumikan selama sejam 20 minit selepas pengurusan sebuah masjid di Kampung Pandan, Ampang dikatakan menuntut bayaran sebanyak RM1,400. Situasi tersebut dikatakan berpunca daripada pihak pengurusan masjid berkenaan menahan permit mengubur yang sudah pun diterima oleh ahli keluarga selepas mereka menolak untuk membayar wang tersebut sebagai upah menguruskan.Insiden sedemikian tular dalam media sosial menerusi Facebook Mr Wan Cai Official yang juga merupakan Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).Menerusi ruangan komen, seorang pengguna yang menggunakan nama ‘Panorama Berduri’ berkata, insiden bermula apabila bapa kepada jenazah lelaki merupakan ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Badan Kebajikan Silaturrahim (BKS). “Bapa arwah minta BKS untuk uruskan jenazah anak. BKS sudah uruskan pengambilan jenazah di Hospital Ampang, memandikan dan solat jenazah. “Selepas selesai urusan tersebut, bapa arwah minta Borang Kebenaran Pengkebumian Jenazah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada pihak pengurusan masjid, kemudiannya mereka menyatakan akan caj waris sebanyak RM1,400.00 untuk urusan jenazah,” katanya, hari ini. Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan berbuat demikian dan menegaskan hanya BKS yang akan menguruskan jenazah arwah anaknya itu. Dalam komen sama, pengguna media sosial tersebut memaklumkan, susulan itu ahli keluarga terus meminta BKS supaya membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana, namun terhalang oleh polis susulan aduan dibuat oleh pengurusan masjid berkenaan. “Sehinggalah ahli waris keluarga arwah terpaksa tunggu lebih satu jam. Selepas pihak pengurusan masjid datang, barulah polis, penyelia kubur benarkan BKS meneruskan pengebumian jenazah,” jelasnya. Sementara itu, Wan Cai ketika dihubungi memberitahu dia sudah pun mendapatkan penjelasan daripada pihak BKS berhubung kejadian tersebut dan meminta NGO itu bersama ahli keluarga membuat laporan polis. Jelasnya, urusan pengebumian jenazah sepatutnya lebih diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk sebarang perkara yang hendak dipertikaikan. “Jadi, sepatutnya walaupun ada pertikaian, jenazah sudah masuk dalam liang lahad, terus kebumikan dahululah, kenapa arwah pula kena jadi mangsa. Kita yang hidup kena selesaikan. “Tadi saya sudah berbincang dan minta BKS serta ahli keluarga buat laporan polis. BKS beritahu perkara sebegini sudah banyak kali terjadi dan pernah membuat aduan kepada pihak berwajib, tetapi tiada respond dan disebabkan itu kali ini insiden itu dimuat naik dalam sosial,” tegasnya. #shahalam
𝔸𝕡𝕒𝕜𝕖𝕤𝔸𝕡𝕒ℂ𝕖ℝ𝕚𝕥𝔸
Region: MY
Friday 26 June 2026 01:18:12 GMT
Music
Download
Comments
epol :
pihak yg berwajib tolong bagi pencerahan....kami takut ada fitnah, tanpa tahu cerita sebenar
2026-06-26 02:40:43
348
Mujibulamin Abdul hadi :
Subhanallah semoga urusan jenazah dipermudahkan...
2026-06-26 03:33:46
55
🔥APEC🐊ROKET🚀🚀💥 :
ya Allah Napa la x permudahkan urusan orang..
2026-06-26 02:37:53
240
Salina Derahman137 :
negeri mana ni
2026-06-26 03:52:01
19
Noraini Ahmad :
tak nak komen lbih2 cuma dpt mendoakan semoga Allah permudahkan segala urusan amin
2026-06-26 01:58:23
134
Sana Nawawi :
JAIS tolong bagi jawapan??????
2026-06-26 03:53:00
37
Rosni Harun :
kenapa lah benda yg baik jadi susah Allah.semoga di permudah kan
2026-06-26 03:32:14
48
Ana_Zahari :
jgn maki...jgn marah2...tahan tahan...aku tengah pose ni sabar sabar......
2026-06-26 04:41:39
10
wahabap609 :
ya allah kau permudahkan lah urusam umat muhammat nabi salawallahualaiwasalam amiin
2026-06-26 03:55:00
12
si raja iblis :
bersabar lah kepada pihak keluarga harap dapat di mudahkan setiap urusan
2026-06-26 02:10:35
25
shafira :
ya Allah,permudah kan lah,urusan nya , Aamiin 🤲
2026-06-26 04:56:37
6
🐝🐝Honey🐝🐝 :
ya allah ampuninya, mudahkn urusannya dunia akhirat.. aamiin
2026-06-26 02:36:15
19
missmaya41 :
Astaghfirullah haazim... semoga dipermudahkan... Aamiin2
2026-06-26 03:03:24
15
ruN_24 :
Semoga dipermudahkan Segala urusan amiin
2026-06-26 03:05:53
9
atiey@story82 :
Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan kelaurga ini amin³
2026-06-26 02:36:35
8
ZUL @ NORA :
tak nak komen lbih2 cuma dpt mendoakan semoga Allah permudahkan segala urusan amin
2026-06-26 03:22:21
5
lin82 :
ya Allah...semoga dprmudhkn segala urusan
2026-06-26 02:28:52
6
Kamel Otomen :
Semoga dimudahkan urusan
2026-06-26 01:27:56
7
Lav🕊 :
Allahuakbar.. permudahkan lah urusan jenazah dahulu. Kita bukan selamanya hidup kt bumi Allah ini …
2026-06-26 04:43:49
10
Maliawiyah Maliawiya :
ya Allah parmudah segala urusan kenapa pihak masjid ni
2026-06-26 03:38:23
12
Cangkul Buruk :
negeri mana ni
2026-06-26 03:46:48
11
samsinar815 :
ce ceta apahal ...
2026-06-26 02:47:08
7
orkid.merah :
Kat mna ni..sya tak faham
2026-06-26 04:16:54
7
Kayumanis :
Alfatihah Dan Salam Takziah buat keluarga Arwah.Semoga urusan dipermudahkan.Aamiin YA.🤲🤲🤲
2026-06-26 05:35:33
1
NiisHani :
Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin..
2026-06-26 04:37:53
1
To see more videos from user @apakesapacerita.com.my, please go to the Tikwm
homepage.