@amirumatrawi: Baru-baru ni Arab Saudi umum satu berita yang agak besar. Buat pertama kali dalam sejarah, umat Islam dari luar negara kini dibenarkan memiliki hartanah di Makkah dan Madinah. Keputusan ini diluluskan oleh Kabinet Arab Saudi pada 23 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan Vision 2030. Siapa yang boleh beli? ✅ Hanya orang Islam. Bukan Islam masih tidak dibenarkan memiliki hartanah atau memasuki dua kota suci ini. Boleh beli di mana? Bukan seluruh Makkah dan Madinah. Hanya kawasan yang diluluskan seperti: • Makkah – Jabal Omar, Abraj Makkah, Tilal Village, Masar dan beberapa kawasan lain. • Madinah – Ruaa Al-Madinah, Downtown Madinah, Knowledge Economic City dan beberapa lokasi terpilih. Kebanyakannya terletak berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Macam mana nak mohon? Permohonan dibuat melalui platform Saudi Properties. Penduduk Arab Saudi boleh gunakan Iqama, manakala mereka yang tinggal di luar Arab Saudi perlu mendapatkan ID digital melalui kedutaan atau konsulat Arab Saudi. Boleh dapat taraf pemastautin? Ya, jika: • Hartanah telah siap dibina. • Nilai sekurang-kurangnya SAR 4 juta. • Dibayar penuh tanpa pembiayaan atau gadai janji. Pemilik layak memohon Saudi Premium Residency. Selama ini, orang luar hanya boleh menyewa sehingga 99 tahun, tetapi tidak boleh memiliki hartanah tersebut. Kini, umat Islam dari Malaysia, Pakistan, Turki, Mesir dan negara lain berpeluang memiliki rumah sendiri berhampiran dua masjid paling suci dalam Islam. Dengan sasaran 30 juta jemaah umrah setiap tahun menjelang 2030, ramai menjangkakan nilai hartanah di kawasan-kawasan ini akan terus meningkat. Apa pendapat anda? Kalau ada peluang dan kemampuan, adakah anda teringin memiliki sebuah rumah di Makkah atau Madinah? #makkah #madinah #makkahmadinah🕋

Amir
Amir
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 26 June 2026 06:59:18 GMT
307981
13450
644
4427

Music

Download

Comments

mie8432
mie :
tak nak mohon tanah, aku nak mohon kepada Allah SWT biar aku bersemadi di Madinah atau di Makkah...😢😢😭😭😭
2026-06-26 13:24:25
1058
roziahyusuf
Rozie Yusuf :
Smoga rezki ank cucu² dan zuriat keturunankan ku dpt bermastautin di Mekah/ Madinah.In shaa Allah.Aamiin ya Rabb
2026-06-26 13:08:18
227
k.ikhwan25
خيرالاخوان :
Dah dapat tinggal dekat Malaysia ni pon dh syukur sngt.. tapi klau dapat bersemadi dekat Makkah atau Madinah adalah rezeki yang paling saya nak🥺
2026-06-26 21:08:06
420
saffasofiyya
saffasofiyya :
Sempena 10 muharam ni, saya doakan Allah beri jalan rezeki yang halal & berkat pada kita semua..semoga boleh memiliki hartanah di Makkah & Madinah 🤲🏻🥹
2026-06-26 17:03:09
141
amirumatrawi
Amir :
Komen kalau nak
2026-06-26 07:49:21
90
hunybuny84
Hunybuny :
Ya Allah.. sememangnya mustahil bagi diriku memilikinya namun tidak mustahil bagi Mu jika dgn izin Mu dan kunfayakun dari Mu utk aku memilikinya. Amin
2026-06-26 13:29:54
166
lind4bit
Norlinda Nasruddin :
Semoga aku dapat beli hartanah di Jabal Omar Dan menetap di Mekah setiap Tahun untuk beribadah.
2026-06-26 23:18:56
65
aimankikaro
aimankikaro :
YA ALLAH ,saya xnak asset tanah.Aku hanya nak disemadikan diTempatMu Ya Allah.tu adalah Anugerah paling tertinggi..Aminn
2026-06-27 01:41:15
22
reezy_fazzy
Reezy_Fazzy :
Ya Allah rezekikan Dan izinkan umat Islam yg berniat utk berada dekat dgn Mu ya Allah.
2026-06-26 12:50:23
33
tanpanama.1_4
tanpanama :
Masyaallah teringin nak juga...tak salah berdoa supaya Allah makbulkan 🥰
2026-06-27 01:00:45
15
eiwarose
Memoria Fashion :
Moga Allah rezekikan saya dpt berhijrah ke Madinah al munawwarah, ada rumah tempat tinggal di sana. amiinn🤲🤲🤲
2026-06-27 02:16:12
13
rikanovia911
Rika_911 :
Ya Rabb, Ya Allah rezekikan aku dan keluarga ku menjadi penduduk dan bermastautin dekat dengan kekasih Mu Rasulullah SAW..Di Madinah..Aamiin YRA
2026-06-26 14:44:40
35
lara_haikal
Lara Stacya :
Ya Allah smoga aku dpt tinggal di makkah atau madinah satu hari nanti.. Permudahkan ya Allah Aamiin2
2026-06-27 01:59:14
5
kamaliah134
Kamaliah :
nak sgt2 semoga ada rezki berkat yg halal dpt aset beli tnh rumah dan dpt tggl bermastautin di mekah madinah bersama kesemua ank2 ku ke2 org tuaku kesemua adk brdikku dan semoga impian pengakhiran kmi sekeluarga dpt meninggal di sana dpt disemadikan di sana dpt di makamkan di perkuburan baqi bersama insan2 tercinta kekasihmu Ya Allah Rasululullah SAW... Aammiinn ya rabbal alamiinnn 🤲🤲🤲🥰
2026-06-28 01:38:21
6
duniaakhirzaman55
DuniaAkhirZaman :
Andai aku berpeluang ke Makkah..Aku ingin Saat Akhirku di tempat yg dekat Rasulullah S.a.w..hatiku sedih😭😭 walau jauh disana, hatiku tetap Rindu😭😭 .Solawat dan salam ku untukmu Rasulluah .😭😭.Ya Rabb, Terima doa hamba2 mu yang ingin dekat kepadaMu,Wahai Penciptaku😭😭😭😭
2026-06-27 03:54:20
6
zaidy_radzi
Zaidy Radzi :
Ya Allah, berikan tanah pada ku hanya muatkn diriku shj di sana.. 🥲
2026-06-27 06:51:26
5
ratihdputri
Ratihdputri :
Ya Allah aku hanya ingin Engkau berikan secukupnya tempat tinggal utk saya dan keluarga bisa tinggal dan menetap lama dikota suci Makkah ataupun Madinah aamiin Allahumma aamiin
2026-06-26 22:25:38
12
olshopnisah
JALAN JALAN :
ya Allah, mampukan saya untuk memiliki tanah dan tempat tinggal di makah dan madinah, seluas2nya, sedekat dekatnya dengan dua masjidMu ya Allah. Tidak ada yang tidak mungkin buat Engkau yang Maha Kaya, sang Pemilik langit dan bumi. aamiin
2026-06-27 05:15:21
12
anakabahh5
anakabahh5 :
Smoga rezki saya dan zuriat keturunankan ku dpt bermastautin di Mekah/ Madinah.In shaa Allah.Aamiin ya Rabb
2026-06-26 14:20:45
11
asmawatimohd
Asmawati :
MasyaAllah bestnye
2026-06-26 13:18:29
10
cutiday36
Cutiday :
semoga dberikan rezeki utk menetap di Madinah/Mekah
2026-06-26 17:03:26
6
dyana.farhana
Dyana Farhana :
Moga ada rezeki bermastautin di sana.
2026-06-26 14:23:40
17
kebun_tepi_rumah
Surirumah Review 🫰🌹 :
Nak... Idaman sy ni... In Sha Allah semoga ada rezeki saya di sini... Dan akhir hayat saya pun di sini... Di semadikan di sini
2026-06-27 02:36:57
7
hartanah76
Hanaf Alias :
Mcm mna nak contact pemaju d Sana?
2026-06-26 13:19:18
6
hanizamz
hanizamz :
semoga Ada rezeki Disana.. aamiin
2026-06-26 11:31:46
10
To see more videos from user @amirumatrawi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About