@egg.networkmy: Berita baik untuk peminat Vocaloid yang masih ragu-ragu! Crypton Future Media telah melancarkan versi percubaan (trial) untuk "Hatsune Miku V6", membolehkan bakal pembeli mencubanya dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli software ini secara rasmi. 🎤✨ Hatsune Miku V6 yang telah dilancarkan secara rasmi pada 14 April 2026 ini merupakan evolusi terbaharu virtual singer ikonik tersebut, dikuasakan oleh enjin VOCALOID:AI untuk menghasilkan suara nyanyian yang lebih natural. Software ini menyokong tiga bahasa iaitu Jepun, Inggeris, dan Cina (Cina akan ditambah melalui kemaskini percuma kemudian), serta dilengkapi dua voice bank, "Original" yang mengekalkan ciri khas suara Miku sejak 2007, dan "Soft" yang menawarkan nyanyian lebih lembut. Edisi Starter Pack yang menyertakan VOCALOID6 Editor berharga RM620 manakala edisi Voice Bank untuk pengguna yang sudah memiliki editor pula berharga RM276. Kedua-dua edisi turut menyertakan DAW Cubase LE percuma! Jadi kalau korang peminat Vocaloid yang masih bertanya-tanya sama ada V6 ni berbaloi atau tidak, sekarang masa terbaik untuk cuba sendiri sebelum scroll ke butang beli! 🛒 Source: @cfm_mikustagram #eGGNetwork #everygoodgame #Tech #TechNews #HatsuneMiku #Miku #Vocaloid
eGG Network
Region: MY
Saturday 27 June 2026 11:00:00 GMT
Music
Download
Comments
gulugulu :
First
2026-06-27 11:04:20
0
To see more videos from user @egg.networkmy, please go to the Tikwm
homepage.