@edynoorreduan: PERSEPSI DAN REALITI DI SEBALIK MUAFAKAT 23 KERUSI Terdapat sedikit kegusaran yang tercetus dari riak perbincangan dalam sebuah whatsapp berkumpulan, dengan persoalan; "Adakah BN-PN telah bermuafakat, menyusun strategi bersama, berkolaborasi, atau saling mengatur dinamik politik, apabila terdapat 23 kerusi yang tidak bertembung di antara mereka (Umno, Pas, Bersatu dan Wawasan)?" Lebih menghangatkan persepsi, hantaran berita di portal Malaysiakini pun agak senada apabila tajuknya berbunyi "Abaikan 23 kerusi merupakan strategi PN beri kelebihan kepada BN di Johor". Wah, kalau gagal dibaca dengan baik, pasti kegusaran menebal. Saya nak jawab mudah beginilah, tidak ada apa yang perlu dikhuatirin. Memang sejumlah 23 kerusi tidak bertembung itu agak besar angkanya berbanding 56, hampir separuh. Namun jangan dilupa 33 kerusi yang bakal menyaksikan pertembungan BN dan PN adalah jauh lebih besar.  Malah jika dibiarkan menang 23 kerusi itu pun masih belum cukup untuk BN membentuk kerajaan. Jadi mengapa Harapan perlu risau? Pertembungan BN dan PN di 33 kerusi mengingatkan saya kepada satu angka yang cukup simbolik, iaitu tempoh 33 bulan kedua-duanya bergabung membentuk kerajaan tebuk atap. Boleh dikatakan, ia seolah-olah satu kebetulan yang luar biasa. Somehow a freakishly divine. Daripada jumlah 23 kerusi yang tidak bertembung itu juga, PN memilih untuk tidak meletakkan calon di 13 kerusi yang kini disandang BN, adalah sebenarnya kubu kuat BN, pekatnya tak campur air, jika luka biru darahnya.  Manakala 10 lagi kerusi yang tidak ditandingi PN adalah lopak DAP, letak mancis bertanding pun masih boleh menang DAP.  Maka itulah punca 23 tidak ditandingi PN, bukan sebab mereka bergabung secara halus atau bergandingan, atau menyusun langkah strategi manuver politik ecentra ecentra, apatah lagi nak dikatakan membentuk Muafakat Nasional 2.0 di PRN Johor? poodah. Ceritanya Pas sudah kena game, Pas ceraikan Bersatu sebab nak bentuk MN 2.0, persis kisah lebai malang pergi kenduri, terlepas keduanya. Akhirnya terpaksa rujuk 'mutaah' dengan Bersatu demi sama-sama nak pakai logo PN, walaupun sudah tidak sehaluan. Paling sadis ialah, bila ditunggu pengumuman calon BN mengharapkan ada calon Pas dan Wawasan diberi watikah BN, ia langsung tak berlaku. Sudahnya bergumpal balik dengan Bersatu demi berebut branding PN. Hanya Pakatan Harapan yang mencerminkan kestabilan sebagai lesen awal masuk bertanding, belum lagi tunjuk manifesto dan tayang testimoni.  BN agak tak semenggah bilamana prosesnya sampai 3 kali pospon pengumuman calon, diumumkan pula tanpa kelibat kepimpinan utama Umno.  Manakala PN pula bukan lagi ‘retak menanti belah’, tetapi sudah terbelah dan berkecai, cuma disambung sementara guna gam gajah untuk PRN Johor. Apakah mereka ini perlu diberi peluang untuk menang pilihanraya dan bentuk kerajaan? Pasti ranap dek perebutan kuasa. Jadi persoalannya, mengapa Harapan perlu gusar? EDY NOOR REDUAN

Edy Noor Reduan
Edy Noor Reduan
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 26 June 2026 13:16:38 GMT
12049
183
15
5

Music

Download

Comments

beastkraken1
Beast Kraken :
baguslah.. pas dan umno saling bantu membantu.. mudah2an menang besar.. bila, dh menang besar pas umno, harap johor jd lebih baik
2026-06-27 00:03:03
4
zuradenan
Zura Adenan :
in sha Allah kemenangan buat PH🔴
2026-06-26 17:19:31
8
pijoisp
PijoiSP :
Insallah ada HARAPAN di johor
2026-06-26 23:52:27
5
user3820067047884
user3820067047884 :
PH lebih telus
2026-06-27 02:00:17
2
che.rosidah.ahmad
Che Rosidah Ahmad :
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah terima kasih banyak insya Allah dengan izin Allah ph menang amin ya robal alami alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah
2026-06-26 14:58:13
3
452149uu
MdsallehDS :
Tak bertembung 3 penjuru pun, peluang bg PH utk menang dgn BN tetap cerah
2026-06-26 13:47:35
6
deddyencem93
DeddyNano :
💪
2026-06-26 13:43:30
12
bella.noah49
Bella Noah :
Sesuatu yg dah boleh hidu
2026-06-27 03:31:33
0
To see more videos from user @edynoorreduan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About