@wrypaeaftqs: Resepi Chicken Tenders Bahan-bahan: 1 ekor ayam (isi sahaja) Tepung goreng serbaguna 1 biji telur Air sejuk Cara-cara: 1. Potong isi ayam lebih kurang sama dengan saiz bahagian tender. 2. Sediakan 2 mangkuk dan tuang tepung goreng. Satu daripadanya, dicampurkan dengan telur dan air. Dapatkan kelikatn yang sesuai untuk disalut pada ayam. 3. Ambil ayam dan celupkan pada bancuhan tepung bersama telur, kemudian salut dengan tepung yang kering. 4. Kemudian celup sekejap dalam air sejuk. Angkat dan salut sekali lagi dengan tepung kering. 5. Boleh terus goreng sehingga kekuningan dan garing. Resepi Sos Putih Bahan-bahan: 3 sudu besar yougurt 2 sudu besar mayonis 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu besar daun parsley kering 3 ulang bawang putih (tumbuk lumat) 1 sudu besar minyak zaitun Garam 1/2 biji Lemon Susu Cara -cara : 1. Masukan semua bahan kecuali susu ke dalam mangkuk dan kacau sebati. 2. Jika sos putih ni terlalu pekat boleh tambahkan dengan susu sedikit demi sedikit mengikut tahap kepekatan yang kita mahu. Sedia untuk dihidang. #chicken #resepsimple #fy #fyp