@ohmymedia.cc: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan laman sesawang rasminya mengalami insiden penggodaman dan meminta orang ramai supaya tidak mengakses portal berkenaan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak. Terdahulu, tangkap layar yang tular di media sosial memaparkan laman sesawang rasmi KKM dipercayai diceroboh selepas memaparkan mesej daripada individu atau kumpulan menggunakan nama MUSHR00W, selain menyertakan akaun Tel*gram yang dipercayai milik penggodam. KKM memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala usaha pemulihan sistem turut dilaksanakan bagi memastikan portal rasmi kementerian dapat kembali beroperasi secepat mungkin. Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mengklik sebarang pautan mencurigakan atau memuat turun sebarang fail daripada laman sesawang berkenaan serta mendapatkan maklumat rasmi melalui saluran media sosial dan platform komunikasi rasmi KKM. "Keselamatan data dan penyampaian perkhidmatan awam adalah keutamaan kami," menurut kenyataan itu. #ohmymedia #ommbest #kkm #kementeriankesihatanmalaysia
Mydigital id tu ibarat IC ko letak kat internet. 😌
2026-06-27 06:44:03
1320
Yomitera :
meanwhile ada yang percaya MyDigitalID lebih selamat.
2026-06-27 06:20:33
1977
M_A_N_I_S 🍬 :
masalahnya nk bukak myjpj kena dftr digitalid dlu. terpaksa dftr akaun dia 😅
2026-06-27 07:51:23
474
Tomatoes :
astu suh pakai mydigital id bagai 🥀
2026-06-27 07:51:37
310
Haikal Adli :
Aku bagitau korang satu rahsia... paling banyak collect data adalah chatgpt... segala soalan yang kau tanya... chatgpt akan collect dan generate supaya nampak karakter kau...
2026-06-27 08:33:57
208
cool blog :
Fahmi Fazil buat apa ek
2026-06-27 06:31:03
190
Zorro :
sistem yang lemah, sebab bajet entah ke mana
2026-06-27 12:11:26
56
:
kah kah.. aku xprnah buat apa2 yg kerajaan suruh....digital id paling menakutkan 🤣🤣🤣....alhamdulillah aku bijak
2026-06-27 09:40:29
16
Yoe :
Kenapa search aku “kakkm tayang?”
2026-06-27 08:07:51
3
Akil Datuk Abdul Rahim :
smart oooo
2026-06-27 05:22:59
15
Rj :
dengar lagu ni pun dah takut 😭
2026-06-27 06:25:23
14
Not a Foodpanda :
Anonymous yg betul ke yg poser semata² ja
2026-06-27 14:34:44
1
Jay Brown 1 :
2026-06-27 06:36:55
1
its melody :
nk digital la sgt zaman skrg ni,, tp tu la security tak padu 😫😫
2026-06-27 15:58:08
4
gue_ni :
menteri tahu tak tu
2026-06-27 06:39:45
2
𝘼 𝙢 𝙞 𝙧 𝙪 𝙡 :
xde ape pun, elok je aku buka
2026-06-27 14:47:17
1
mr kay :
MANTAP
2026-06-27 08:27:52
1
RєxX シ :
Ada 1 apps pon dah susah nak jaga ni belambak
2026-06-27 13:13:03
1
SaltLaClyne :
pttlah...hurm.
2026-06-27 13:50:35
0
𝕄𝔸7™ :
MSC..
2026-06-27 16:42:26
0
Fadzli Shas :
Pening jpn skrg takleh login password, kena my digital id, fon lak tak support digital id, pening loni
2026-06-30 15:45:22
0
paijem182._ :
Guna sistem kertas lebih mudah
2026-06-27 15:35:13
0
Honey_Shahira :
oh my
2026-06-28 01:01:07
0
pky :
Elok je
2026-06-27 06:41:50
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.