@inderashafri: AYAT 21-24 SURAH AL-HASYR SEBAGAI PELINDUNG DIRI DAN KELUARGA Tiga ayat terakhir Surah al-Hasyr ini banyak diamalkan sebagai ayat Syifa’ dan ayat pelindung diri dengan kebesaran nama-nama Allah Asma Allah al-Husna. Terlalu banyak kelebihan mengamalkannya setiap hari pada waktu pagi dan petang bagi memperoleh rahmat dan perlindungan daripada Allah. Banyak juga hadis-hadis bertaraf da’if (lemah) yang menukilkan kelebihannya. Hadis-hadis Da’if seperti ini menurut ulamak boleh diamalkan tetapi tidak boleh dijadikan dalil hukum (adillah al-ahkam). Saya kongsikan beberapa hadis seperti berikut: 1) Riwayat daripada Muwatil bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa saja yang membaca أعوذ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﻦ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ dan diikuti dengan membaca tiga ayat terakhr dari surah Al-Hasyr pada waktu pagi sebanyak tiga kali, Allah akan mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya. Malaikat itu akan mendoakannya sehingga ke waktu petang. Jika ia meninggal dunia pada hari itu, maka dia mati sebagai syahid. Dan barang siapa yang membacanya pada waktu petang, ia juga akan mendapat balasan yang sama” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi) 2) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi) 3) Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah Taala mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi) Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan ayat ini, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk melindungi kita sekeluarga dan membantu kita memasuki jannah kelak. #surahalhasyrayat21_24 #penawarsakit #amalanayatquran #asmaulhusna #doaitusatuharapan
MUHAMMAD
Region: MY
Saturday 27 June 2026 05:52:31 GMT
Music
Download
Comments
rus_____lh66 :
Alhamdulillah..selalu amal tapi tak pernah letak tangan atas kepala..
2026-06-27 08:26:06
2
hj jalaudin :
Aaminn
2026-06-27 07:57:27
1
Fauziah :
Q0biltu
2026-06-27 08:04:22
1
ramli :
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
2026-06-27 06:39:15
1
wanz :
Qobiltu
2026-06-27 06:56:03
1
Antassalam Yassalam :
Terimakasih berkongsi ilmu
2026-06-27 09:01:05
3
rahman abdullah :
Qobiltu...mohon izin saya amalkan
2026-06-27 07:34:03
1
Rohasyamm :
Subhanallah
2026-06-27 15:38:24
0
Momo :
InshaAllaah, terima kasih ustaz
2026-06-27 08:11:50
1
Abd Rani @ Ishaq :
alhamdulillah. jazakallah pak mohon izin hafal & amalkan ya.
2026-06-27 15:28:35
0
ciza :
ALLAH..
#allahurabbi
2026-06-27 14:39:00
0
Azizah Ismail :
AAMIN 3 YA ROB
2026-06-27 07:19:51
1
privatee :
Mashya alloh merdu nyo suaro nyo insya alloh amin ya Rob balaalamin qobiltu 😅😂
2026-06-27 13:42:46
0
Mr.Kopiko :
Alhamdulilah, terima kasih atas perkongsian❤️
2026-06-27 08:47:14
0
Rasli_Othman :
Aamiin🤲
2026-06-27 08:02:37
0
rzz8 :
Qobiltu
2026-06-27 13:41:37
0
Amirulsym :
Qobiltu
2026-06-27 11:23:19
0
mail zakaria :
qubitu.
2026-06-27 08:35:41
0
Abd Halim :
🥰🥰🥰
2026-06-27 12:50:36
0
Abd Halim :
👍👍👍
2026-06-27 12:50:41
0
To see more videos from user @inderashafri, please go to the Tikwm
homepage.