@nasiberlaukmalaya: Selamat datang ke Nasi Berlauk Malaya Malam yang dibuka setiap hari bermula jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi untuk anda yang mencari hidangan Pantai Timur asli dan menyelerakan. Nikmati hampir 50 jenis masakan Pantai Timur yang pastinya menggamit selera, antaranya pelbagai gulai kampung, lauk tradisional dan menu panas yang padu untuk seisi keluarga. Suasana makan yang selesa turut disediakan dengan kemudahan meja dan kerusi yang luas untuk pelanggan menikmati hidangan dengan lebih santai. Kami juga menyediakan parking yang luas, surau dan tandas bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi yang membawa anak-anak, jangan risau kerana terdapat taman permainan untuk kanak-kanak supaya mereka turut bergembira sambil anda menikmati juadah. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Nasi Berlauk Malaya Malam di Taman Puchong Permai Dataran Niaga Bazaar B. Jom rasa sendiri keenakan masakan Pantai Timur yang sedap, lazat dan berbaloi. #cikroses #nasiberlaukmalam #nasikearabu #nasidagang #gulaiayam