@bungamerahceri: Ada beza antara memburukkan seseorang dan bercakap jujur tentang apa yang benar-benar berlaku pada diri kita. Kalau kebenaran itu merosakkan imej seseorang, mungkin masalahnya bukan pada kebenaran itu tapi pada perbuatan mereka sendiri. Ramai antara kita memilih untuk diam demi menjaga kedamaian, menjaga hati orang lain. Dilabel "tak boleh move on" atau pendendam. Yang cakap macam tu SELFISH dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Benda tu tidak effect live kau. Cuba effect live kau, kau pun tidak akan keluar statement macam tu. Hakikatnya, proses untuk sembuh selalunya bermula saat kita berhenti memikul beban untuk melindungi orang yang tidak pernah melindungi kita. Menceritakan kisah sendiri bukan dendam. Ia adalah pengakuan. Pengakuan bahawa apa yang berlaku itu nyata, dan ia memang meninggalkan kesan. ❤️🩹💔