@jason.yew: UMNO BN Dan Tradisi Kitar Semula: Kenapa Perlu Terkejut? 1. Saya ada terbaca tulisan Dr Puad Zarkashi. Beliau mengeluh UMNO membariskan calon 'recycle' dan 'mediocre'. Saya tidak faham kenapa perlu terkejut. 2. Dulu kita ingat lepas kalah, UMNO akan sedar. Rupa-rupanya masih sama. Pemilihan calon masih berkisar tentang kroni dan kawan main golf. Sekurang-kurangnya mereka konsisten meneruskan tradisi. 3. Orang muda selalu dilaungkan sebagai masa depan parti. Tetapi apabila tiba masa, umur UMNO sudah 80 tahun pun, yang diangkat masih calon generasi lama berumur 64 dan 65 tahun. Mungkin pengalaman kalah pada 2018 dan 2022 itu dianggap pencapaian yang sangat berharga. 4. Ada yang baru masuk parti sebulan terus dapat jadi calon. Ini pencapaian luar biasa. Ia membuktikan UMNO sebuah parti yang sangat mudah didekati, asalkan anda kenal orang yang betul. 5. Calon yang ada kelulusan Ph.D digugurkan dan diganti dengan calon SPM. Saya ucap syabas. Ini bukti UMNO tidak perlukan orang yang terlalu cerdik pandai. Orang yang banyak berfikir ini susah dikawal. Lebih baik pilih yang mudah dengar arahan. 6. Puteri UMNO dikatakan marah kerana hanya dapat satu kerusi. Tidak mengapalah. Mereka patut sedar tugas orang muda dan akar umbi dalam parti hanyalah untuk tampal poster dan pacak bendera waktu pilihan raya. Jangan mimpi lebih dari itu. 7. Dr Puad risau pengundi muda akan tolak UMNO. Tidak mengapa. Pemimpin UMNO kuat. Mereka mungkin rasa boleh menang hanya dengan mengharapkan undi sesama ahli jawatankuasa bahagian sendiri. 8. UMNO ingat rakyat mudah lupa, tapi pengundi zaman sekarang mungkin tidak. Kita tunggu dan lihat sajalah. #PRNJohor #BarisanNasional #puadzarkashi #UMNO

JASON Update
JASON Update
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 28 June 2026 00:33:13 GMT
11196
263
28
8

Music

Download

Comments

katana1676
katana :
walaupun saya dari keluarga besar UMNO tetapi biarlah saya dgn PKR
2026-06-28 02:23:51
8
zahayati7674
khaza76 :
jgn sibuk dgn parti org.... tgk sndiri parti PKR mcm mna...
2026-06-28 00:57:48
3
cross_59
cross_59 :
umno boleh menang Di Johor tapi kerusi menurun......
2026-06-28 12:25:53
1
jaszreel509
jaszreel509 :
takapa janji pandai buat kerja
2026-06-28 06:30:21
0
shukri.adnan7
Shukri Adnan :
orang dah nampak dia baru nak nampak
2026-06-28 01:44:17
1
suhaini.kurit
Suhaini Kurit :
Dia la tu
2026-06-28 08:27:21
0
kizutsaitatori
Nagekidori :
Parti politik tempatan ni begitu lah.. recycle..recycle..recycle. 😂 .. tp bila sembang mcm byk sgt pembaharuannya. Bila menang besok spin..spin..spin
2026-06-28 16:40:57
0
advxmax2
YapAhLoi :
kasi bongkar lagi
2026-06-28 09:06:01
0
harun.harun4279
Harun Harun :
tak dapat kat dia macam macam dalil
2026-06-28 10:49:07
0
dincbr
Dins lancer :
Kali ni umno bungkus👏
2026-06-28 10:43:15
0
77king24
77king :
org yg ada PhD banyak cakap kerja di lapangan kurang.
2026-06-28 16:24:42
0
s4_scirocco
F :
Cukup la… dah lama Sgt UMNO ni. Dinasour yg besar gagah pun blh pupus
2026-06-29 11:52:55
0
gedo_73
gedo_73 :
Maszlee tu adalah calon baru PKR. dan semua calon PH adalah calon baru. 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-06-28 15:40:38
0
kerulpadie
padie :
bg puad borang pkr
2026-06-28 04:14:42
0
katana1676
katana :
BYK sgt yg berkepentingan akhirnya mereka yg rosakkan parti
2026-06-28 02:18:32
0
sayalelakitau672
ماتي ايت ڤستي :
😂😂😂
2026-06-28 06:31:40
0
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About