@edynoorreduan: KERAJAAN TURUN HARGA MINYAK KERANA PILIHANRAYA? Ada pihak cuba menggambarkan penurunan harga diesel mulai 1 Julai sebagai langkah politik sempena musim pilihan raya. Hakikatnya, dakwaan itu dibuat tanpa melihat perjalanan sebenar harga minyak mentah dunia. Sejak awal Mac, harga minyak dunia meningkat dengan ketara, memuncak sekitar April dan Mei, sebelum menjunam semula pada penghujung Jun. Penurunan harga diesel di Malaysia adalah selaras dengan penurunan harga pasaran dunia, bukannya kerana pilihan raya. Lebih penting, ketika konflik Amerika Syarikat-Iran tercetus dan harga minyak dunia melonjak, kerajaan MADANI tidak menaikkan harga RON95. Rakyat terus menikmati harga RON95 yang kekal, walaupun banyak negara lain termasuk negara pengeluar minyak terpaksa menaikkan harga bahan api. Ini membuktikan kerajaan menguruskan dasar bahan api berdasarkan keadaan pasaran dan kemampuan fiskal negara, bukannya mengikut sentimen politik atau persepsi ‘menjelang pilihanraya’ yang sengaja dimainkan untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan. Hari ini, harga minyak mentah dunia (WTI) telah turun ke sekitar USD69 setong dan masih menunjukkan trend menurun. Justeru, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai 1 Julai melalui mekanisme kuota yang hampir sama seperti RON95 adalah satu keputusan yang tepat dan dibuat pada masa yang sesuai. Kesimpulannya, FAKTA mengatasi tohmahan. Harga minyak dunia naik sejak Mac, turun pada penghujung Jun. Turut membuktikan kerajaan MADANI tidak membuat keputusan secara semberono atau bermotifkan politik. Penurunan harga diesel mulai 1 Julai mencerminkan pergerakan pasaran global, manakala kestabilan harga RON95 sepanjang krisis pula membuktikan komitmen kerajaan MADANI melindungi rakyat.
Edy Noor Reduan
Region: MY
Sunday 28 June 2026 08:29:32 GMT
Music
Download
Comments
jack :
👍👍👍
2026-06-28 09:03:28
0
To see more videos from user @edynoorreduan, please go to the Tikwm
homepage.