@alif.azizi69: ANWAR IBRAHIM TERUS JULANG SOKONGAN MASIH ADA RUANG BUAT PEMBANGKANG?? Kajian daripada Merdeka Center menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai pemimpin politik yang meraih undian tertinggi mencecah sekiatr 52%, antara yang tertinggi berbanding pemimpin politik lain sekaligus menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Antara jasa dan pencapaian utama beliau ialah memperkukuh ekonomi negara melalui pelaburan berimpak tinggi. Antaranya ialah menurunkan kos sara hidup melalui subsidi bersasar, memperkenalkan reformasi tatakelola dan anti rasuah. Beliau juga berjaya mengangkat agenda Malaysia Madani berteraskan kesejahteraan rakyat dan mengukuh hubungan diplomatik dan kedudukan Malaysia di peringkat global. Kestabilan yang ada hari ini menjadi asas penting untuk negara terus bergerak ke hadapan. #PMX #DiHatiRakyat #MadaniBekerja #TerimaKasihPMX