@zaqrulazzam0: Ismail "Mail Kerbau": Penjenayah Lagenda Yang Mempunyai Kemahiran & Kekuatan Misteri ? Ismail "Mail Kerbau": Penjenayah Lagenda Yang Mempunyai Kemahiran & Kekuatan Luar Biasa ? Ismail yang lebih dikenali sebagai Mail Kerbau sering disebut dalam kisah-kisah jenayah di Malaysia sekitar era 1980-an hingga 1990-an. Namanya saja cukup dikenali dalam kalangan orang lama, bekas banduan, dan sebahagian anggota penguat kuasa, kisah hidupnya banyak diselubungi misteri. Sebahagian cerita mempunyai asas daripada pengalaman lisan, manakala sebahagian lagi mungkin dipercayai telah dibesar-besarkan sehingga menjadi legenda. Individu yang digeruni Menurut cerita yang tersebar ketika itu, Mail Kerbau dikatakan aktif dalam pelbagai siri kegiatan jenayah seperti pergaduhan, pemerasan dan keganasan. Namanya sering dikaitkan dengan dunia samseng malah menjadi antara pencabar kepada gengster besar lain pada zaman itu. Ada yang mendakwa beliau sangat berani sehingga tidak gentar berhadapan dengan kumpulan lawan mahupun pihak berkuasa. Beliau memanfaatkan kebolehan ilmu dalam persilatan selain gerak geri dia sangat lincah serta licik sehinggakan sukar berhadapan & menangkapnya. Kisah "enam gari" Cerita paling terkenal ialah dakwaan apabila Mail Kerbau berjaya ditangkap, dia perlu dipakaikan enam pasang gari serentak ketika dibawa keluar dari lokap atau mahkamah. Tindakan itu bukan kerana gari biasa tidak berfungsi, tetapi sebagai langkah keselamatan tambahan kerana beliau dikatakan memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa serta sering cuba melepaskan diri. Malah ada yang mendakwa beliau mampu menarik rantai gari sehingga rosak & longgar atau mengeluarkan tangan daripada gari dengan menggunakan kekuatan otot dan teknik tertentu. Dengan wajah & sikap tenang dia boleh secara tiba tiba bertindak agresif dalam cubaan melarikan diri apabila mempunyai sedikit peluang. Sukar ditangkap Mail Kerbau telah beberapa kali berjaya meloloskan diri semasa tahanan mahupun ketika operasi tangkapan dijalankan. Keupayaannya mengenali kawasan persekitaran, selain pengalaman dalam dunia jenayah, dikatakan menyukarkan pihak lagi berkuasa menahannya. Pergerakkan beliau sangat lincah, anggota pertugas yang terlibat dalam operasi menangkapnya mendakwa mengejar Mail Kerbau seperti mengejar bayang bayang, dia kelihatan seperti berada di dua posisi yang berbeza. Adakah mempunyai Ilmu kebal atau sekadar mitos? Seperti ramai tokoh jenayah yang menjadi legenda rakyat, Mail Kerbau turut dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik. Antara cerita yang paling kerap diceritakan ialah beliau memiliki ilmu kebal, sukar dicederakan dan mempunyai kekuatan luar biasa. Ada juga yang mendakwa beliau mengamalkan ilmu persilatan tradisional. Dakwaan tentang ilmu hitam ini agak sukar dibuktikan, sama benar mempunyai Ilmu kebal atau sememangnya tubuh badan beliau mempunyai tahap pertahanan fizikal yang cukup kuat atas latihan yang diamalkan. Ismail jarang atau sukar mendapat kecederaan serius walaupun selepas bertempur / pergelutan semasa operasi penangkapannya. Tengkorak, Kepala dan Tanduk Kerbau di Rumah. Pintu, serta dinding di rumah Mail Kerbau penuh dihiasi tergantung kepala serta tanduk kerbau. Ada juga tulang kerbau yang telah diukir menjadi perhiasan & ada juga diolah menjadi senjata. Selain itu, masyarakat setempat percaya itu menjadi lambang keberanian atau identiti beliau sebagai Mail Kerbau, identiti tersendiri menyebabkan orang ramai berasa gentar untuk mendekati rumahnya. Ada pula yang mengaitkannya dengan amalan persilatan atau kepercayaan tertentu. Guru persilatan Selain siri kisah jenayah, ada juga cerita bahawa Mail Kerbau turut mengajar ilmu persilatan kepada beberapa anak murid terpilih. Beliau disifatkannya sebagai seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan memiliki disiplin dan ketegasan dalam menurunkan ilmu persilatannya kepada pelajar. #fyppppppppppppppppppppppp #sejarah
SEJARAH TERBUKTI
Region: MY
Monday 29 June 2026 06:43:31 GMT
Music
Download
Comments
Syidan0520 :
mail kerbau ni dekat dengan rumah aku..masa.kecik dulu dia duk Mai rumah aku...dia panggil "panglima" dekat arwah ayah aku dulu😎
2026-06-30 16:50:53
53
Remaja Purba :
blom kenal pudin pokka lg ni
2026-06-29 12:45:14
649
Mohd Fitri Mhd Nor :
Ade lgi sorang handal dalam ilmu perliwatan dan ilmu penurunan minyak
2026-07-10 16:46:13
398
Botoi Kicap :
ni lagi hebat...
2026-06-29 13:47:10
131
@hambamuYaAllah :
nuar kobau kenal tak korang??
2026-06-30 06:23:22
105
𝓐𝓵𝓸𝓷𝓰_𝓙𝓮𝓶𝓫𝓪𝓵 2500 :
arwah sekampung dgn saya..semoga rohnya diampuni allah taala dan di tmptkn bersama org² beriman
2026-06-29 10:24:21
192
Jalan terus :
belom kenal ni lagi hebat
2026-07-10 17:33:55
95
deran 123 :
Belum kenal Daud Caplak Ore Kelate era 80an hebat juga....
2026-06-29 16:05:48
45
Awang_TrasherRR :
Tak nafikan orang dulu... Hebat... Memang hebat sungguh...
Kalau depa belajar, belajar sungguh...
Klo nk jahat, jahat sungguh... 🔥
Arwah mail nie dngan mat komando jenis buat, buat sungguh... Tkda main-main... 🔥
Al-Fatihah untuk beliau... 🙏
Jangan hukum org jahat...
Klo nk tahu, dalam jahat Ini ada kebaikan tersembunyi... Wallahualam... 🙏
2026-07-24 05:33:48
32
Zulfaqar :
Pak saudara aku ni.
2026-06-30 06:15:06
26
skin head four live :
dia x kenal lagi kanda yusof
2026-07-01 15:57:58
31
Murali Munusamy :
mail kerbau di panggil kerana dia yang menarik pedati di sawah padi dia hebat saya dgn dia sekali duduk simpang renggam 2001 dia tak boleh digari sebab dia boleh buka dia lut besi dia bagus orangnya
2026-08-08 11:31:19
10
BaOm 105 :
arwah dh...dulu kerap mari ziarah kampung sy d pendang..dia org bukit besar...orgnya cool relaks sj diujung usia dia dh buang semua tu...semoga rohnya tenang..naik kereta Wira aeroback hitam.😁😁 banyak lgi kisah dia dulu..tp tak best dh nk cerita kwn dh meninggal dunia..
2026-08-08 15:32:35
12
Raselhits :
korang tak kenal lagi Pudin epal
2026-07-01 07:24:39
13
Tukirin Wk Torin :
Yg jadi cerita atau legnd tu antara buat baik atau yg jahat... doa baik2 je utk yg berbuat jahat tk memna pun ....
2026-07-08 13:15:08
7
Pemburu impian :
tak kenal nua spin lagi
2026-06-29 13:56:00
31
bomocacing/// :
AL Fatihah UTK arwah pakcik mail smoga rohnya dicucuri rahmat allah.s.wt..ya Allah ampuni lh dosa2 nya ..🤲🤲🤲🤲
2026-07-24 04:37:08
5
Fx’Legendary :
klu tak silap dia pernah berguru dgn anuar Ibrahim
2026-07-23 19:34:43
7
WAFiQ USAHA :
kita semua, jangan tinggal solat ya. Solat taubat jgn lupa ye . Jaga juga apa yang kita taip… kadang satu ayat pun boleh bagi kesan pada diri dan orang lain. Kita semua bakal jenazah, dan tak tahu bila masa Allah jemput. Sekurang-kurangnya bila sampai waktunya, kita pergi dalam keadaan jaga solat dan jaga ayat kita - insyaAllah tak menyesal nanti. 👍🏻
2026-07-09 15:16:37
15
MR.K :
zaman aku sekolah rendah taun 90an...sekolah rendah aku ada wt lawatan sambil belajar penjara spg renggam...ada warden cerita kisah mail kerbau ni...sampai skrg ingat cerita dia ...mmg top
2026-07-01 15:49:27
14
محمد حفيظ :
Hadicik lagi hebat
2026-06-29 14:14:49
7
syafiq 📌🧷 :
orang area pendang ,kedah .
2026-06-29 12:46:45
5
Mokhtar6060 :
Dekat kg aku ada nama Jusoh Kerbau..kat rumah dia ada kandang kerbau dan bela lebih dari 30 ekor kerbau..Sekian
2026-07-01 13:52:37
16
monster :
lagi legend rahim bhai
2026-07-09 03:48:54
7
🏍️ AMIR RIDER LA🏍️ :
Sudah2 la dok up cerita lama2. Menantu & cucu dia ada lagi masih hidup.
2026-07-09 15:11:10
5
To see more videos from user @zaqrulazzam0, please go to the Tikwm
homepage.