@topiaryart: Part 18 🐻 The grass stage is finally complete! 🌿 Next up: the final trim. ✂️👀 #handmade #DIY #topiary #Home #finland

TopiArt
TopiArt
Open In TikTok:
Region: FI
Monday 29 June 2026 07:18:28 GMT
978
60
3
3

Music

Download

Comments

To see more videos from user @topiaryart, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Jika kita berdiri di boarding area di airport dan memerhati manusia yang lalu-lalang, kita akan melihat ribuan perbezaan. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Ada yang kaya, sederhana. Ada yang berpakaian kemas, ada yang berpakaian santai. Ada yang sedang ketawa, ada yang sedang menangis dalam diam. Malah jika kita mendengar perbualan mereka, kita akan menemui pelbagai bahasa, kepercayaan, budaya dan pandangan hidup. Lalu apabila seseorang berkata,
Jika kita berdiri di boarding area di airport dan memerhati manusia yang lalu-lalang, kita akan melihat ribuan perbezaan. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Ada yang kaya, sederhana. Ada yang berpakaian kemas, ada yang berpakaian santai. Ada yang sedang ketawa, ada yang sedang menangis dalam diam. Malah jika kita mendengar perbualan mereka, kita akan menemui pelbagai bahasa, kepercayaan, budaya dan pandangan hidup. Lalu apabila seseorang berkata, "Kita ini manusia sama sahaja," mungkin timbul persoalan: Apa ke benda yang samanya? Kerana apa yang terlihat oleh mata seolah-olah menunjukkan sebaliknya. Semakin dekat kita melihat wajah, bentuk badan dan pakaian, semakin banyak perbezaan yang kita temui. Tetapi mungkin persoalannya bukanlah, "Adakah kita sama dari segi bentuk?" Sebaliknya: Pada lapisan manakah kesamaan itu wujud? Di permukaan laut, kita melihat ombak yang berbeza-beza. Ada ombak yang besar. Ada ombak yang kecil. Ada yang tenang. Ada yang bergelora. Jika ombak boleh bercakap, mungkin ombak besar akan berkata kepada ombak kecil: "Aku lebih hebat daripada kamu." Dan ombak kecil pula mungkin berasa rendah diri kerana bentuknya tidak sama. Namun kedua-duanya terlupa satu perkara. Mereka mungkin berbeza sebagai ombak, tetapi hakikatnya mereka adalah air yang sama. Begitulah manusia. Kita terlalu memberi perhatian kepada bentuk ombak sehingga terlupa kepada air yang membentuknya. Pada peringkat identiti, kita memang tidak sama. Nama kita berbeza. Wajah kita berbeza. Bangsa dan negara kita berbeza. Kisah hidup kita berbeza. Kenangan kita berbeza. Malah corak pemikiran dan emosi kita juga berbeza. Setiap manusia adalah sebuah cerita yang unik dan authentic. Tetapi jika kita menyelam lebih dalam daripada cerita itu, kita akan menemui sesuatu yang menarik. Setiap manusia mahu bahagia. ingin dicintai, pernah merasa takut, pernah merasa kehilangan, pernah mencari makna hidup. Walaupun jalan yang dilalui berbeza, pencarian asasnya hampir sama. Seorang jutawan dan seorang nelayan mungkin menjalani kehidupan yang sangat berbeza, tetapi kedua-duanya sedang mencari ketenangan. Namun ada satu lapisan yang lebih dalam lagi. Lapisan yang jarang diberi perhatian. Sebelum kita mengenali diri sebagai lelaki atau perempuan, mengenali bangsa, agama atau kewarganegaraan. Sebelum kita mengenali kisah hidup kita. Bukankah terlebih dahulu ada sesuatu yang sedar akan semua pengalaman itu? Ada kesedaran yang menyedari badan, menyedari fikiran,menyedari emosi,menyedari seluruh perjalanan hidup. Apabila marah hadir,ada yang menyedari kemarahan. Apabila sedih hadir,ada yang menyedari kesedihan. Apabila gembira hadir,ada yang menyedari kegembiraan. Kesedaran itu sendiri tidak berwarna. Tidak berbangsa. Tidak tua. Tidak muda. Ia hanyalah ruang yang menyaksikan segala yang datang dan pergi. Mungkin di sinilah maksud "kita sama" yang paling dalam. Bukan kerana wajah kita sama,pendapat kita sama,kehidupan kita sama. Tetapi kerana pada teras pengalaman,kita semua berkongsi kemampuan yang sama untuk menyedari. Seperti banyak tingkap yang berbeza bentuk dan warna,namun cahaya yang masuk melaluinya adalah cahaya yang sama. Tingkapnya berbeza. Cahayanya tidak. Jadi apabila seseorang berkata, "Kita ini manusia sama sahaja," jangan terlalu cepat melihat kepada warna kulit,status,harta atau kepercayaan. Semua itu adalah pakaian yang dipakai oleh kehidupan. Pakaian boleh berubah. Watak boleh berubah. Kisah boleh berubah. Tetapi sesuatu yang menyedari semua perubahan itu sentiasa hadir. Mungkin itulah yang "sama". Dan apabila kita mula melihat dari ruang itu, kita tidak lagi terlalu sibuk membandingkan ombak dengan ombak yang lain. Kita mula menyedari bahawa di sebalik segala perbezaan yang kelihatan, kita sebenarnya sedang berkongsi lautan yang sama. Dan mungkin, dari situlah lahirnya belas kasihan,empati, kefahaman dan cinta yang sebenar. Bukan kerana kita serupa pada zahir, tetapi kerana kita mengenali hakikat yang sama yang sedang memandang melalui mata setiap manusia. Kemana pun pun kita memandang, di situ hakikat diri kita.

About