@duoclieuxanh94: Thư giãn tâm trí cùng trà Thư Dạ, thanh lọc g.an cùng trà Khởi An #duoclieuxanh94 #trathuda #trakhoian

Dược Liệu Xanh
Dược Liệu Xanh
Open In TikTok:
Region: VN
Monday 29 June 2026 12:11:37 GMT
2557
2
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @duoclieuxanh94, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رِوَايَةً الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ Daripada Abu Hurairah secara periwayatan, (sunnah-sunnah) fitrah itu ada lima, atau lima dari sunnah-sunnah fitrah, iaitu; berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur kumis.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رِوَايَةً الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ Daripada Abu Hurairah secara periwayatan, (sunnah-sunnah) fitrah itu ada lima, atau lima dari sunnah-sunnah fitrah, iaitu; berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur kumis." (HR Bukhari No: 5439) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1. Islam menuntut umatnya sentiasa bersih 2. Antara amalan sunah yang menjadi fitrah agar dibersihkan: a. Berkhatan b. Mencukur bulu kemaluan c. Mencabut bulu ketiak d. Memotong kuku e. Mencukur misai 3. Amalan ini bertujuan menjaga kesihatan, penampilan, serta mencegah penyakit. Contohnya, mencukur bulu ketiak dan bulu di kawasan kemaluan akan membantu menghindari bakteria dan bau yang kurang menyenangkan. 4. Jangan biarkan ianya tidak dibersihkan dalam tempoh yang lama. Anas bin Malik R.A meriwayatkan hadis Nabi SAW: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ‌‏ Maksudnya: Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam. (HR Muslim no: 258) 5. Melakukan amalan ini dengan niat memenuhi sunnah Rasulullah SAW adalah satu ibadah yang mendatangkan pahala. Ia juga merupakan cara kita memuliakan diri yang dianugerahkan oleh Allah. 6. Dengan menjaga kebersihan, bukan sahaja tubuh menjadi sihat dan bersih, tetapi ia juga mencerminkan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim perlu mengamalkan sunnah ini sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Daripada Abu Hurairah RA ia berkata,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya atau enggan menyampaikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat." (Abu Daud No: 3173) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Ilmu adalah anugerah Allah yang harus disampaikan kepada orang lain, bukan disimpan untuk kepentingan peribadi, sama ada ilmu agama mahupun ilmu keduniaan. Menyembunyikan ilmu bertentangan dengan amanah yang diberikan oleh Allah kepada para pemilik ilmu. 2. Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan membantu orang lain mencapai kebahagiaan serta menjadi bekalan pahala berterusan kepada orang yang mengajar walaupun ia telah meninggal dunia 3. Mereka yang enggan menyampaikan ilmu yang benar serta sengaja menyembunyikannya dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan diazab di akhirat nanti. 4. Bagi mereka yang berilmu, jauhilah dari sifat kedekut untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat lebih-lebih lagi yang diperlukan oleh orang lain. 5. Islam menekankan pentingnya menyebarkan ilmu dengan niat yang ikhlas untuk mendidik, membimbing, dan membawa kebaikan kepada orang lain. Dengan berkongsi ilmu, seseorang bukan sahaja mendapat ganjaran di sisi Allah tetapi juga menjadi sebab kebaikan dan kemajuan masyarakat. Berusahalah kita menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia. Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.

About