@harakahdailyhd: YBrs Dr Shawn Loh Sheng Nian: Pusat Khidmat Non-Muslim PAS Selangor Jadi Jambatan Perpaduan Pegawai Khas Pejabat Pesuruhjaya PAS Selangor, YBrs Dr Shawn Loh Sheng Nian berkata, penubuhan Pusat Khidmat Non-Muslim PAS Selangor merupakan satu inisiatif bagi memperkukuh hubungan dengan masyarakat bukan Islam melalui pendekatan yang lebih inklusif dan berteraskan khidmat kepada rakyat. Menurut beliau, pusat tersebut berperanan sebagai platform untuk mendengar suara masyarakat, menyantuni keperluan komuniti serta menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara pelbagai kaum dan agama. Beliau turut berharap Pusat Khidmat Non-Muslim PAS Selangor akan terus menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan serta memperluaskan khidmat kebajikan demi kesejahteraan rakyat.