@mediadigitaljohor: 📹 JMR LAKAR SEJARAH BAHARU MUNCUL JUARA PRO-AM CROWDSTRIKE 24 HOURS OF SPA Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) memahat sejarah dengan muncul pasukan pertama dari Malaysia yang memenangi tempat pertama (P1) dalam kategori Pro-Am di perlumbaan ketahanan berprestij, CrowdStrike 24 Hours of Spa 2026 di Belgium. Pemanduan konsisten oleh YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor bersama gandingan pemandu profesional, Ben Green dan Jordan Love telah membuktikan kualiti pemanduan mereka setanding di pentas dunia. Sejarah baharu itu turut melengkapkan kejayaan membanggakan selepas penampilan sulung mereka di Le Mans dua minggu sebelumnya dan kini tumpuan pasukan JMR terarah kepada pusingan ke-4 Intercontinental GT Challenge iaitu Suzuka 1000, Jepun yang berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 #JohorSafeZone #JohorMotorsportsRacing #CrowdStrike24HoursOfSpa #VideoMDJ #MediaDigitalJohor