@lwize1311:

🇨🇦 thalwithe  🇨🇦
🇨🇦 thalwithe 🇨🇦
Open In TikTok:
Region: CA
Tuesday 30 June 2026 00:41:06 GMT
53
3
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @lwize1311, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Tembelang sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah bernilai RM3.59 juta terbongkar apabila mereka diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Kulai pada 25 Jun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam serbuan jam 10.50 pagi itu, lelaki tempatan, 40 tahun dan wanita tempatan, 34 tahun ditahan. Katanya, hasil pemeriksaan di kediaman pasangan berkenaan menemukan pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat keseluruhan 26.94 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3.59 juta.
Tembelang sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah bernilai RM3.59 juta terbongkar apabila mereka diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Kulai pada 25 Jun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam serbuan jam 10.50 pagi itu, lelaki tempatan, 40 tahun dan wanita tempatan, 34 tahun ditahan. Katanya, hasil pemeriksaan di kediaman pasangan berkenaan menemukan pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat keseluruhan 26.94 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3.59 juta. "Jumlah rampasan itu dianggarkan mampu digunakan oleh kira-kira 90,277 penagih. Siasatan mendapati sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata, kedua-dua suspek berperanan aktif sebagai pengedar dadah dan dipercayai aktif sejak awal Januari lalu. Katanya, modus operandi mereka adalah menjadikan rumah kediaman sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan. "Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif methamphetamine manakala isterinya negatif. Hasil semakan mendapati suspek lelaki memiliki rekod kesalahan lampau kes dadah. "Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 1 Julai nanti bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," jelasnya. Menurut Ab Rahaman, ketika serbuan dibuat, pokis turut menyita tiga kereta, wang tunai RM25,000 dan pelbagai barang kemas dengan jumlah keseluruhan sitaan adalah sebanyak RM206,752.

About