@thesiakapkeli: Begini rupanya perangkap kelawar, first time nampak jadi excited pulak Maklumlah min pulak lahir kat bandar 😂 Untuk pengetahuan korang, min berada di Kampung Tampenau, Lahad Datu, Sabah dan min sempat beramah mesra bersama dengan Aunty dan Angkol kat sini Yang bestnya, penduduk kampung sini membangunkan nurseri komuniti yang membekalkan anak benih pokok untuk tanaman semula pada kawasan hutan terjejas dibimbing oleh @MPOGCF Perkara tu adalah sebagai usaha konservasi bagi kejayaan projek pemulihan yang mana mampu berikan manfaat secara langsung pada masyarakat dan kepada pemulihan habitat Orang Utan Pada masa yang sama, ia membuka peluang pendapatan tambahan kepada keluarga yang turut serta 👍🏻